• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 3, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

QZ8501: Jabatan Penerangan Akan Wujud Pusat Media

oleh Ahmad Albab
29/12/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KEMAMAN – Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, berkata beliau telah meminta Jabatan Penerangan mewujudkan pusat media bagi menyalurkan berita sahih tentang kehilangan pesawat AirAsia Indonesia hari ini.

Beliau berkata, pewujudan pusat media itu penting bagi memastikan semua maklumat tentang kehilangan pesawat itu diperoleh daripada sumber rasmi iaitu syarikat penerbangan itu sendiri.

“Kita dapat tahu tentang pesawat AirAsia Indonesia daripada Surabaya ke Singapura hilang tetapi kita tidak boleh membuat sebarang spekulasi buat masa ini berhubung pesawat berkenaan.

“Saya sudah meminta pihak Jabatan Penerangan untuk menubuhkan pusat media, bergantung di mana ia sesuai ditentukan oleh AirAsia supaya maklumat datang daripada sumber yang sahih,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di sini hari ini selepas menziarahi enam anak pasangan Allahyarham Nur Hayati Sulong, 37, dan Suhaimi Awang, 37, yang ditemui mati lemas selepas bot dinaiki mereka terbalik di Kampung Geliga Che Akob di sini Rabu lepas.

Ahmad Shabery diminta mengulas penyebaran maklumat di laman sosial tentang kehilangan pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 dari Surabaya ke Singapura, setelah terputus hubungan dengan pusat kawalan trafik pada 7.24 pagi ini.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai agar tidak menyebarkan sebarang maklumat tidak rasmi berhubung kehilangan pesawat itu di laman sosial. – BERNAMA

https://www.youtube.com/watch?v=-RcVk5Mi4to

https://www.youtube.com/watch?v=7bOkRoj389w

Tags: Ahmad ShaberyAirAsia Indonesia
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

QZ8501- MAS Beri Kata-Kata Semangat Kepada AirAsia

Next Post

Honda Tawar Diskaun 50% Alat Ganti Tulen Kepada Mangsa Banjir

Related Posts

Stok Bekalan Beras Negara Mencukupi

03/04/2018
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan sentiasa memastikan stok bekalan beras negara mencukupi mengikut kadar ditetapkan, meskipun berlaku kejadian bencana alam atau...

Buka Peluang Wanita Ceburi Pertanian – Shabery

09/03/2018
0

PUTRAJAYA - Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) menggerakkan pelbagai agensi di bawahnya untuk membuka lebih banyak peluang bagi...

Next Post

Honda Tawar Diskaun 50% Alat Ganti Tulen Kepada Mangsa Banjir

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd