Selepas terdapat kekeliruan berikutan adanya penumpang warga Britain atau tidak, AirAsia dalam kenyataan terkini memberikan data pecahan terkini penumpang yang menaiki pesawat QZ8501 yang hilang.
Daripada maklumat terkini pihak AirAsia mengasingkan pecahan warganegara penumpang dan anak kapal mereka.
Kesemua penumpang ialah 149 orang dari Indonesia, 1 dari Malaysia, 1 dari Singapura, 3 dari Korea Selatan dan 1 British.
MENARIK – QZ8501 MAS Beri Kata-Kata Semangat Kepada AirAsia
Tujuh anak kapal pesawat berkenaan terdiri daripada enam warga Indonesia dan satu Perancis dipercayai pembantu juruterbang pesawat berkenaan.
Pesawat QZ8501 terputus hubungan dengan pihak kawalan trafik udara Indonesia pada kira-kira pukul 7.24 pagi tadi dalam penerbangan dari Surabaya ke Singapura.
Pelbagai aset dari tiga buah negara setakat ini dikerahkan bagi membantu operasi mencari dan menyelamat (SAR) diketuai Indonesia dengan bantuan Singapura dan Malaysia. – MYNEWSHUB.CC
https://www.youtube.com/watch?v=7bOkRoj389w
