• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Masalah Rumput Stadium Nasional Bukit Jalil.. Ini Penjelasannya

oleh Ahmad Albab
07/12/2014
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

Setelah lebih setahun mengambil alih jawatan Pengerusi Perbadanan Stadium Malaysia (PSM), akhirnya Datuk Rozabil Abdul Rahman membuka mulut tentang punca rumput di padang Stadium Nasional Bukit Jalil kerap bermasalah.

Ia kembali menjadi topik perbualan dalam kalangan jurulatih, pemain malah penyokong pada perlawanan akhir Piala Malaysia, bulan lalu.

Namun, isu ini bukanlah baru kerana masalah rumput tersebut sudah dibangkitkan berulang kali semenjak tahun 1998.

Something-brewing-at-Destini_1024x576

Memetik sumber portal MStar, Rozabil berkata, masyarakat tidak didedahkan dengan struktur pembinaan stadium yang menjadi punca kepada masalah itu.

Dedah beliau, masalah sebenar adalah struktur stadium yang berbumbung dan menutupi ruang padang dan ia dibina di bawah paras laut.

Dalam penjelasan terperinci, beliau berkata, dua faktor tersebut menyebabkan setiap rumput yang ditanam tidak dapat tumbuh dengan subur kerana kurang mendapat pendedahan kepada cahaya matahari.

Panorama1

“Pelbagai dakwaan mudah keluar di media, dan saya ingin berterus terang bahawa proses menukar rumput bukan bermula bulan Oktober tahun lalu, tetapi hanya berlaku pada Februari tahun ini kerana dalam tempoh empat bulan itu kita buat sistem pengairan padang. Stadium ini selalu ada air bertakung.

“Proses penanaman rumput itu kita serahkan kepada kontraktor dan selepas itu serah padang kepada kita namun ada masalah yang timbul. Pihak kontraktor ada syorkan jenis rumput lama tetapi masalah tetap timbul dan ketika itu saya baharu saya sahaja memegang jawatan ini.”

Jelasnya lagi, beliau bersama pihak pengurusan, tanpa memanggil mana-mana konsultan, memutuskan untuk menyerahkan tender menukar rumput kepada jenis Bermuda.

“Ketika tender dibuka tidak ada kontraktor yang datang dengan cadangan rumput ‘Cow Grass’  kerana pihak PSM tidak meletakkan sebarang syarat spesifik jenis rumput.”

Rozabil kemudiannya menjelaskan, hanya empat jenis rumput yang sesuai diguna di Stadium Nasional, iaitu dari jenis Cow Grass, Bermuda, Zoysia dan Paspalum.

Setelah mencuba Zoysia dan Paspalum, ternyata rumput berkenaan tidak sesuai lantas mereka memutuskan untuk menggunakan Bermuda.

“Saya berpuas hati dengan rumput Bermuda ini berbanding dengan rumput lain kerana karektornya jenis berjalan dan menjalar. Dalam tempoh beberapa bulan selepas itu, padang stadium ini diguna buat kali pertama untuk aksi final Piala Malaysia awal bulan lalu,” jelasnya.

Namun, selepas aksi perlawanan tersebut, rumput di padang stadium kelihatan teruk sehingga menimbulkan banyak reaksi negatif dari pelbagai pihak.

“Kita dapati masalah rumput itu tidak mencengkam kerana pertumbuhannya agak lambat memandangkan tidak cukup pencahayaan serta udara. Ramai orang tanya kenapa kita guna pasir di bawah rumput dan bukannya tanah? Jawapannya ialah faktor kelembapan di stadium ini sangat tinggi, tidak cukup cahaya dan berada di bawah paras laut. 

Keadaan Stadium Nasional Bukit Jalil tidak sama dengan stadium di negeri lain yang mendapat cahaya dan berada di atas paras laut, itu perkara pokok yang perlu difahami.”

Dalam usaha mengatasi masalah itu, pihaknya memanggil pakar rumput dari Vietnam dan Jepun, malah turut pergi ke Majlis Perbandaran bagi meminta nasihat terbaik.

Tambah beliau lagi, stadium tersebut tidak memiliki tiga elemen penting iaitu cahaya, udara dan angin.

Beliau memberi contoh, andai penonton membakar mercun, pengudaraan yang teruk menyebabkan asap akan kelihatan selama 20 minit sebelum ia benar-benar hilang.

Selepas perbincangan, mereka memutuskan untuk mendapat nasihat dari pensyarah Fakulti Pertanian, Universiti Putra Malaysia (UPM) yang mencadangkan agar rumput dipotong menegak (vertical) agar ia tidak menjalar.

Bagi mempercepatkan pertumbuhan, mereka juga terpaksa menggunakan lampu pencahayaan pertumbuhan (growing light).

Walaupun tempoh matang rumput sebelum diguna memakan masa selama setahun setengah, namun beliau yakin menjelang Mac depan, padang akan dapat diguna bagi perlawanan kelayakan Piala Asia AFC bawah 23 tahun. – MYNEWSHUB.CC

Tags: bola sepakStadium Nasional
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Gaduh Ketika Perlawanan Bola Sepak: 4 Pemain Dikenakan Bon Jaga Keamanan 6 Bulan

Gaduh Ketika Perlawanan Bola Sepak: 4 Pemain Dikenakan Bon Jaga Keamanan 6 Bulan

14/08/2025
0

TELUK INTAN: Empat lelaki dikenakan bon menjaga keamanan selama enam bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini, kerana bergaduh...

RM30 Juta – Langkah Yang Tepat Ke Arah Memajukan Sukan Bola Sepak Negara

RM30 Juta – Langkah Yang Tepat Ke Arah Memajukan Sukan Bola Sepak Negara

24/02/2025
2

•⁠  ⁠Kerajaan menyediakan RM30 juta, termasuk RM15 juta dari pihak swasta, untuk pembangunan Harimau Malaya di semua peringkat dan kejohanan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd