• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Buka Kertas Siasatan Siasat Kenyataan Lim Guan Eng

oleh Ahmad Albab
15/12/2014
dalam Jenayah
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Polis Pulau Pinang membuka kertas siasatan berhubung kenyataan Ketua Menteri Lim Guan Eng mengenai isu penggunaan kalimah Allah kepada orang bukan beragama Islam di negeri ini.

Ketua Polis Negeri Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata siasatan dijalankan din bawah Kertas Enkuari Polis (KEP) selepas pihaknya menerima satu laporan polis berhubung kenyataan berkenaan semalam.

“Ya memang polis ada terima satu laporan berkenaan kenyataan ketua menteri (Lim) dan setakat ini kami hanya menerima satu laporan polis, kami telah pun membuka kertas siasatan di bawah KEP.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan dan biar polis jalankan siasatan. Mungkin kami akan panggil beberapa pihak untuk bantu siasatan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau ditemui selepas mengadakan Operasi Pencegahan Jenayah peringkat Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut, pada awal pagi di sini.

Semalam, Pergerakan Pemuda Umno Bukit Mertajam membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah, di Bandar Perda dekat sini berhubung kenyataan Lim kerana mendakwa ia merupakan satu campur tangan ketua menteri dalam hal ehwal agama Islam.

Lim, seperti dilaporkan beberapa portal berita pada Jumaat, memberi kebenaran kepada orang bukan Islam di Pulau Pinang menggunakan kalimah Allah.

Ketua Menteri dilaporkan berkata larangan penggunaan kalimah Allah yang termaktub dalam Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Pulau Pinang 2004 tidak terpakai kepada bukan Islam kerana penguatkuasaannya hanya sah kepada orang Islam. – BERNAMA

https://www.youtube.com/watch?v=KSarhU9HFpY

Tags: kalimah AllahPulau Pinang
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“PH Nak Jadikan Johor Seperti Pulau Pinang dan Selangor Macam Pelik”

“PH Nak Jadikan Johor Seperti Pulau Pinang dan Selangor Macam Pelik”

02/07/2026
0

BATU PAHAT – Dakwaan calon Pakatan Harapan (PH) DUN Senggarang, Onn Abu Bakar konon Pakatan Harapan (PH) mampu membawa pembangunan...

‘Rakyat Johor Bayar Cukai Juga’ – Ka Siong Gesa Projek E-ART Diberi Layanan Sama Seperti LRT Mutiara Line

‘Rakyat Johor Bayar Cukai Juga’ – Ka Siong Gesa Projek E-ART Diberi Layanan Sama Seperti LRT Mutiara Line

17/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong mempersoalkan mengapa projek Elevated Autonomous Rapid Transit (E-ART) Johor tidak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd