• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PM: Jangan Terpedaya Pihak Dakwa Ejen PR1MA

oleh Ahmad Albab
18/12/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menasihatkan orang ramai agar tidak terpedaya dengan tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang mendakwa mereka sebagai ejen Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA), dengan mengenakan bayaran tertentu untuk memiliki rumah itu.

“Mereka ini menipu orang ramai yang kononnya mewakili PR1MA dan mengutip kutip sumbangan daripada orang ramai yang berkeinginan mahukan rumah mampu milik,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Perumahan Negara di sini, hari ini.

Najib berkata pihak PR1MA telah membuat laporan polis mengenai perkara berkenaan.

“Saya harap agar orang ramai supaya tidak mudah terpedaya dengan surat-surat yang dikeluarkan atas nama kononnya mereka ini mewakili PR1MA atau melaksanakan projek perumahan itu,” katanya.

Sementara itu Pengerusi PR1MA Tan Sri Dr Jamaludin Jarjis berkata pihaknya tidak pernah melantik mana-mana ejen bagi proses pembelian rumah berkenaan.

“Ada orang salah guna (projek PR1MA) kononnya bayar RM2,000 boleh dapat (permohonan) rumah PR1MA, tapi yang sebenarnya orang awam hanya perlu mendapatkan permohonan secara online atau pergi pejabat kita isi borang, tidak kena apa-apa bayaran,” katanya.

Beliau berkata mana-mana pemaju yang ingin bekerjasama dengan PR1MA juga diminta hadir berjumpa pihak pengurusan PR1MA sendiri untuk sebarang pertanyaan.
“Kita tak lantik wakil pemaju untuk buat rumah PR1MA atau ejen nak membeli rumah,” katanya sambil menambah kerajaan memberi jaminan harga rumah PR1MA adalah 20 peratus lebih murah daripada harga pasaran.

Kediaman PR1MA ditawarkan kepada semua rakyat Malaysia dengan pendapatan isi rumah purata bulanan antara RM2,500 hingga RM10,000. – BERNAMA

Tags: Najib Tun RazakPR1MA
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pembeli PR1MA Seremban Boleh Masuk Rumah 1 Jun Ini – PM

Pembeli PR1MA Seremban Boleh Masuk Rumah 1 Jun Ini – PM

07/05/2023
0

SEREMBAN: Seramai 891 pemilik unit Perumahan 1Malaysia (PR1MA) Residensi Seremban Sentral di sini yang sebelum ini membantah tindakan pemaju gagal...

Rakyat Malaysia Tanpa Slip Gaji, Kini Lebih Mudah Buat Pinjaman Perumahan – PM

04/03/2022
0

JOHOR BAHRU: Golongan Keluarga Malaysia yang tidak mempunyai slip gaji, kini boleh membuat pinjaman untuk membeli rumah idaman masing-masing, kata...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd