Monday, July 22, 2024

Creating liberating content

Mahfuz Contoh ‘Troll’ Makan...

Zaman ini zaman media sosial Facebook, Twitter, Instagram dan segala-galanya. Majoriti rakyat Malaysia...

Lagi Spekulasi Neymar Ke...

SPEKULASI mengenai masa depan Neymar terus bertiup kencang selepas beliau dilihat menghabiskan masa...

Cuaca Panas, Jemaah Dinasihat...

MADINAH - Jemaah haji dinasihatkan supaya mengurangkan aktiviti luar seperti membeli-belah dan ziarah...

PAS Berhasrat Hapuskan Sistem...

KUALA LUMPUR - PAS akan menghapuskan konsep riba (faedah dan bunga) dalam sistem...

Piala Axiata: Malaysia Temu Indonesia Di Separuh Akhir

KUALA LUMPUR – Juara bertahan, Malaysia diundi bertemu Indonesia manakala Thailand berdepan All-Star Asia dalam separuh akhir kejohanan badminton Piala Axiata 2014 di Stadium Badminton Kuala Lumpur, Cheras hari ini.

Kejohanan ini adalah acara badminton berpasukan paling kaya dengan nilai AS$1 juta (RM3.5 juta).

Separuh akhir pertama antara Indonesia dan Malaysia bermula jam 3 petang diikuti separuh akhir yang kedua antara naib juara 2013, Thailand dan All-Star Asia, jam 6 petang. Final akan diadakan Ahad ini.

Indonesia mendahului kedudukan dengan pungutan 24 mata dan All-Star Asia, tempat kedua selepas tamat pusingan awal di Jakarta, Rabu lalu.

Malaysia menamatkan kempen di tempat keempat dengan 17 mata.

“Kami agak tidak bernasib baik berdepan Indonesia di separuh akhir. Namun, ia akan menjadi perlawanan yang menarik.


“Saya percaya pemain akan dapat menepati ramalan dan melupakan kekalahan kepada Indonesia dan mempamerkan permainan lebih kemas di hadapan penyokong sendiri,” kata jurulatih kebangsaan Rashid Sidek.

Pada perlawanan pusingan awal, Malaysia terpaksa akur dengan kehebatan Indonesia apabila dibelasah 4-0.

Sementara itu, ketua jurulatih Indonesia, Ariyono Minaret berkata ia bukan satu yang mudah kepada juara edisi 2012 itu berdepan Malaysia yang sudah tentu mendapat sokongan padu penyokong tuan rumah.

“Kami akan beraksi dalam suasana yang sangat berbeza di Kuala Lumpur. Adalah sukar untuk menjangkakan keputusannya. Tetapi satu perkara yang pasti, ia akan menjadi pertemuan yang sengit,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori