• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perlantikan Baharu MAS Sedia Asas Untuk Kejayaan – Najib

oleh Ahmad Albab
07/12/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pelantikan yang diumumkan oleh Khazanah Nasional Bhd dalam penstrukturan semula Malaysia Airlines Systems Bhd (MAS) pada Jumaat merupakan sebahagian daripada usaha untuk menyediakan asas kukuh bagi kejayaan syarikat penerbangan nasional itu pada masa depan, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Penting bagi kita mempunyai pakar terbaik yang memiliki kepakaran dan pengalaman untuk membantu memacu usaha penstrukturan semula terus ke hadapan, memimpin syarikat penerbangan mencatat keuntungan, dan membimbing pengganti daripada rakyat Malaysia untuk mengambil alih kepimpinan syarikat penerbangan tersebut pada masa depan,” kata Perdana Menteri dalam kenyataan pada Jumaat.

Pelantikan tersebut, diumumkan pada Jumaat, dibincangkan dan diputuskan pada mesyuarat Lembaga Pengarah Khazanah yang dipengerusikan oleh Najib pada Khamis.

Perdana Menteri berkata, kerajaan komited untuk melihat kejayaan sepenuhnya pemulihan MAS.

Khazanah melantik Christoph R. Mueller sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO)- Malaysia Airlines Bhd (MAS NewCo), berkuat kuasa 1 Januari tahun depan.

Mueller, yang ketika ini merupakan CEO Aer Lingus Plc, syarikat penerbangan nasional Ireland, juga akan dicalonkan menyertai Lembaga Pengarah MAS sebagai Pengarah Bukan Eksekutif.

Dana pelaburan strategik kerajaan itu turut mencalonkan Datuk Seri Mohammed Shazalli Ramly menyertai Lembaga Pengarah MAS sebagai Pengarah Bukan Eksekutif.

Pengarah Urusan Khazanah, Tan Sri Azman Mokhtar berkata, Lembaga Pengarah Khazanah dalam perbincangannya mengambil kira keadaan kritikal penstrukturan semula MAS, yang memerlukan kepakaran pengurusan penerbangan terbaik, khususnya, mereka yang mempunyai rekod pencapaian yang kukuh dalam memulihkan syarikat penerbangan negara.

“Pencarian global yang meluas dilaksanakan meliputi tenaga kerja rakyat Malaysia dan antarabangsa,” kata Azman.

Beliau berkata, Mueller merupakan calon terbaik dan mempunyai dua tugas yang sama penting: memimpin pemulihan syarikat penerbangan nasional dan membangunkan pengganti tempatan.

Sementara itu, Azman berkata, pelantikan Shazalli menyertai Lembaga Pengarah MAS juga akan membawa kepakaran dan pengalaman yang luas dalam banyak bidang,

termasuk pemasaran, penjenamaan dan pemulihan korporat. – mStar

Tags: MASNajib Tun Razak
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Tepuk Punggung Pramugari – Pelancong China Diheret Keluar Dari Kapal Terbang MAS

Tepuk Punggung Pramugari – Pelancong China Diheret Keluar Dari Kapal Terbang MAS

09/04/2026
0

8 April: Seorang pelancong dari China diturunkan dari penerbangan Malaysia Airlines selepas menepuk punggung seorang pramugari. Dia malah berkata, “Hubungan...

Satu Lagi Pesawat MAS Terpaksa Berpatah Balik

Satu Lagi Pesawat MAS Terpaksa Berpatah Balik

02/09/2024
0

PUTRAJAYA - Sebuah lagi pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) ke Seoul, Korea Selatan dipercayai mengalami masalah teknikal sehingga terpaksa berpatah balik...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd