• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perdana Menteri Garis Empat Fokus Bagi 2015

oleh Ahmad Albab
08/12/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menggariskan empat perkara yang perlu diberi perhatian serius dan fokus yang lebih oleh penjawat awam termasuk warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) untuk menghadapi cabaran dan ancaman pada tahun 2015.

Keempat-empat perkara berkenaan ialah cabaran keamanan, keselamatan dan keharmonian, rasuah dan salah guna kuasa, solidariti nasional dan amalan budaya berprestasi tinggi.

Berucap pada perhimpunan bulanan JPM di Dataran Putra di sini Isnin, Perdana Menteri menyifatkan keempat-empat perkara ini perlu diberi perhatian supaya Malaysia boleh mencatat kejayaan lebih cemerlang.

Pada perhimpunan bulanan yang terakhir bagi 2014 itu, Perdana Menteri meminta penjawat awam untuk merenung bentuk ancaman dan cabaran yang menanti sebelum melangkah ke 2015.

“Sudah tentu ketika ini amat wajar kita lihat kembali apa yang telah kita capai, prestasi kita dan apa yang boleh dilakukan pada 2015, lebih sempurna dari apa yang kita lakukan pada 2014.

“Secara umumnya banyak kejayaan positif dalam aspek mengurus ekonomi negara sehingga kita dapat mencatatkan kadar pertumbuhan ekonomi negara pada 6.1 peratus pada sembilan bulan pertama tahun ini, pencapaian itu tertinggi dalam kalangan negara Asean,” kata Najib.

Kejayaan turut dicatatkan dalam pelaksanaan pelbagai program seperti Pelan Transformasi Kerajaan (GTP), Pelan Transformasi Ekonomi (ETP) dan Strategi Lautan Biru dan kejayaan menduduki kerusi anggota tidak tetap Majlis Keselamatan Perhimpunan Bangsa Bersatu (UNSC), katanya.

Mengulas mengenai cabaran keamanan, keselamatan dan keharmonian, Najib berkata ancaman militan Islamic State (IS) begitu serius dan amat bahaya sehingga kerajaan memutuskan satu kertas putih dibentangkan di Parlimen berhubung perkara itu.

Katanya 39 rakyat Malaysia terlibat dalam IS di Syria serta Iraq dan Malaysia turut menahan 40 warga Malaysia lagi.

Seorang warga Malaysia menjadi pengebom berani mati sehingga menyebabkan 25 orang askar Syria terbunuh, katanya.

Najib berkata terdapat kemungkinan seorang lagi rakyat Malaysia menjadi pengebom berani mati dengan menggunakan nama samaran.

“Ini saya tidak sebut dalam Parlimen. Perbuatan pengebom berani mati tersebut lebih dahsyat dan telah menyebabkan 50 orang terbunuh. Ini semua adalah ancaman serius,” katanya.

Perdana Menteri berkata kakitangan awam peringkat bawahan tidak terlepas daripada terpengaruh dengan ideologi IS dan mujurlah tindakan telah diambil bagi menanganinya.

Najib berkata kerajaan mengambil keputusan membentang rang undang-undang khas dan pindaan rang undang-undang sedia ada seperti Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) pada sesi akan datang supaya mempunyai kemampuan lebih ampuh untuk menghadapi ancaman itu.

Perdana Menteri berkata ancaman keamanan masih serius di Sabah iaitu di kawasan ESSZone (Zon Selamat Timur Sabah).

“Walaupun tiada kejadian sehari dua ini tapi bukan bererti keadaan itu bukan ancaman serius. Malah kita mengambil tindakan mengukuhkan kemampuan menghadapi keadaan di sana. Kita wajib mempertahankan bumi Sabah daripada sebarang bentuk ancaman,” katanya.

Najib berkata walaupun pencapaian Malaysia dalam ranking Indeks Persepsi Rasuah bertambah baik berada pada kedudukan ke-50 pada tahun ini daripada 175 negara berbanding tempat ke-53 tahun lepas, namun soal rasuah dan salah guna kuasa telah menjadi perhatian umum.

Mengenai solidariti nasional pula, Najib menyeru semua pihak supaya memberi perhatian kepada usaha memupuk perpaduan nasional dan solidariti.

“Walaupun proses itu memakan masa kita harus menunjukkan kematangan berasaskan kepada nilai saling hormat-menghormati antara satu sama lain,” katanya.

Perdana Menteri turut memuji solidariti yang ditunjukkan rakyat Malaysia pada 22 Ogos ketika Hari Perkabungan Negara ekoran insiden tragedi pesawat Malaysia Airlines MH17 yang ditembak jatuh di timur Ukraine pada 17 Julai lepas.

Mengenai budaya berprestasi tinggi, Perdana Menteri meminta penjawat awam untuk terus mengamalkan budaya prestasi tinggi dengan meningkatkan produktiviti dan inovasi. – BERNAMA

Tags: Najib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Najib Pertahankan Kabinet Baru

30/08/2021
0

BETUL! Rakyat, hasil dan pencapaian perlu diutamakan. Saya perhati ramai yang kecewa dengan pengumuman kabinet baharu hari ini. Seolah-olah kebanyakan...

Kerajaan Lama Berundur, Bursa Terus Elok

30/08/2021
0

BURSA Malaysia telah mencatat prestasi antara terbaik dalam dunia sejak kerajaan lama undur diri pada 16 Ogos lalu.Indeks bursa telah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd