Sunday, March 3, 2024

Creating liberating content

Dituduh ‘Pengkhianat’, Saarani Jawab...

Menteri Besar Saarani Mohamad menjelaskan tindakannya menubuhkan kerajaan perpaduan dengan PH demi rakyat...

Pegang Foto Arwah Isteri,...

SEORANG ayah menimbulkan rasa sebak dan sayu ramai selepas gambarnya memegang sekeping gambar...

Pembenihan Awan Di Johor...

JOHOR BAHRU - Badan Kawal Selia Air Johor (BAKAJ) melakukan pembenihan awan mulai...

Cadangan Inkues Semula Lengahkan...

CADANGAN mengadakan semula inkues kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim, ternyata mengecewakan...

Penyusutan Nilai Ringgit Tidak Jejas Ekonomi M’sia

KUALA LUMPUR – Penyusutan nilai ringgit berbanding mata wang dolar Amerika dan dolar Singapura tidak menjejaskan ekonomi Malaysia, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan.

Ini kerana, katanya, nilai ringgit secara jangka panjang kekal stabil dan masih mampu mengukuh berbanding beberapa mata wang utama seperti Yen dan Euro.

Ahmad berkata satu taklimat antara Bank Negara Malaysia dan kementerian itu telah diadakan baru-baru ini bagi membincangkan impak kelemahan ringgit dan kemungkinan penyusutan pendapatan negara berikutan harga minyak dunia yang semakin lemah.

Hasil perbincangan menunjukkan keadaan masih tidak membimbangkan dan tiada semakan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) akan dibuat dalam masa terdekat.

Namun, katanya, kerajaan tetap akan meneliti impak negatif permasalahan ini dan pengumuman akan dibuat jika perlu.

“Penyusutan dan pengukuhan ringgit ini bukan hanya perlu dilihat pada satu sudut yang negatif tetapi kalau kita lihat dari sudut pelancongan dan eksport yang bertambah, ia bukan hanya mendatangkan sesuatu yang negatif tetapi juga mendatangkan sesuatu yang positif pada sektor-sektor tertentu,” katanya selepas menyaksikan majlis permeteraian perjanjian pembangunan hospital kanak-kanak permata, Universiti Kebangsaan Malaysia, di sini, hari ini.


Mengenai Bajet 2015, Ahmad berkata sehingga kini ia masih berada di landasan yang betul meskipun Petronas baru-baru ini menyatakan kemungkinan pembahagian dividen kepada kerajaan akan dikurangkan jika harga minyak terus kekal pada tahap sekarang.

Menurutnya, ini kerana bebanan subsidi dijangka berkurangan hasil penstrukturan semula subsidi baru-baru ini.

Pada tahun ini sahaja, katanya, beban subsidi telah berkurang kepada RM19 bilion berbanding RM23.5 bilion tahun lalu.

Beliau juga tidak melihat sebarang kelewatan dalam mana-mana pembinaan mega projek yang telah diumum pada masa kini. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori