• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, April 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penghidap Diabetes Di Pahang Meningkat

oleh Ahmad Albab
04/12/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Jumlah pesakit diabetes di Pahang meningkat kepada 50,415 orang setakat Nov lepas berbanding 44,827 orang pada 2013, kata Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sumber Manusia Dan Tugas-Tugas Khas Pahang Datuk Norol Azali Sulaiman.

Beliau berkata peningkatan itu membimbangkan dan kerajaan negeri Pahang sedang mencari jalan untuk mengatasi trend yang membimbangkan itu.

“Kita akan cuba meningkatkan lagi kesedaran di kalangan masyarakat tentang tindakan yang perlu dilakukan kerana hasil tinjauan kesihatan kebangsaan tahun 2011 menunjukkan separuh daripada pesakit yang disahkan diabetes tidak mengetahui mereka adalah pengidap diabetes,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Sambutan Hari Diabetes Sedunia Peringkat Negeri yang turut dihadiri Pengarah Kesihatan Pahang Dr Zainal Ariffin Omar.

Sehubungan itu, beliau menyeru mereka yang berisiko tinggi seperti berat badan berlebihan atau mempunyai anggota keluarga penghidap diabetes supaya menjalani saringan kesihatan secara berkala bagi pengesanan dan rawatan awal.

Di Pahang katanya, kerajaan menyediakan perkhidmatan penjagaan dan rawatan penyakit diabetes di 71 klinik kesihatan dan 11 hospital. – BERNAMA

Tags: diabetes
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pencegahan Pandemik Untuk Penghidap Diabetes & Obesiti

13/10/2021
0

Mengurangkan risiko kematian akibat COVID-19 dengan mendapatkan vaksin, mengamalkan langkah pencegahan jangkitan, dan penjagaan diri yang baik. Seorang wanita menghidap...

Kenapa Ramai Pesakit Diabetes Maut Akibat Covid-19?

22/04/2020
0

SEHINGGA hari ini jumlah kematian akibat Covid-19 adalah 157,970 orang seluruh dunia melibatkan ratusan negara di seluruh dunia (20 April 2020)....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd