Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Pas Gerakkan 15,000 Jentera...

JOHOR BAHRU : Kira-kira 15,000 jentera Pas akan digerakkan dalam Pilihan Raya Negeri...

ROS Tiada Halangan Bertemu...

PUTRAJAYA - Pendaftar Pertubuhan (ROS) tidak mempunyai halangan bertemu Datuk G. Kumar Aaman...

Guru Buat 2 Kerja,...

GURU tadika di Rusia ini melakukan dua kerja, namun kerja sampingannya itu adalah tidak...

Al Fatihin, Tragedi Nice:...

PENYEBARAN Makalah Al Fatihin berbahasa Melayu secara online mencetuskan satu kejutan besar. Buletin ini...

Pengguna Unifi Di Selangor Hadapi Masalah Internet

Jika anda dapati terdapat gangguan internet pada masa ini, jangan khuatir kerana anda tidak keseorangan.

Bagi pengguna Unifi di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor, prestasi kelajuan internet sememangnya tidak stabil dalam beberapa hari ini.

tm2

Menerusi laman akaun Twitter @TMConnects, mereka mengesahkan masalah tersebut serta mengatakan ia disebabkan pelayan DNS.

Masalah kesesakan DNS bermaksud ramai pengguna cuba untuk mengakses internet namun pada suatu sambungan yang terhad, sekaligus menyebabkan ia jadi perlahan berbanding biasa.

Ini bukanlah kali pertama TM menghadapi masalah sebegini kerana pada Julai lepas, mereka turut menghadapi masalah sama berkaitan DNS.

Selain masalah kesesakan berpunca dari DNS, TM juga sedang membaik pulih kabel internet dasar laut SMW4 yang menghubungkan sambungan internet dari Malaysia ke Eropah.


Proses baik pulih ini dijangka selesai hari ini dan pelanggan Streamyx turut terkesan disebabkan olehnya.

tm3

Bagi yang tinggal di luar kawasan Lembah Klang, adakah anda menghadapi masalah sebegini? Sekiranya ada, salurkan pertanyaan kepada @TMCOnnects.

Sumber: LOWYAT.NET

Oleh: hzqahmd

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori