Wednesday, May 22, 2024

Creating liberating content

2 Lelaki Didakwa Cederakan...

KUALA LUMPUR - Dua lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini,...

3 Bot Nelayan, 40...

KUCHING - Tidak sampai 36 jam selepas Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menahan...

Tambang Uber Mahal, Ia...

JOHOR BAHRU - Tambang mahal yang dikenakan pada sesetengah masa oleh pengendali Uber,...

Ciapan Lama Pemimpin PKR...

KUALA LUMPUR – Sejak nama Haziq Abdullah Abdul Aziz tular ekoran penularan empat...

Pengguna Lebuh Raya Diminta Rancang Perjalanan – PLUS

KUALA LUMPUR – Projek Lebuhraya Usahasama Berhad (PLUS) hari ini menasihatkan orang ramai supaya merancang perjalanan sempena perayaan Hari Krismas dan Tahun Baharu 2015, berdasarkan Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) yang dikeluarkannya.

Ketua Pegawai Operasi Plus Mohammad Fuad Khusairi berkata Plus menjangka jumlah kenderaan yang menggunakan Lebuhraya Utara-Selatan akan meningkat 15 peratus iaitu 1.5 juta sehari, menjelang musim perayaan itu berbanding 1.3 juta pada hari biasa.

Beliau berkata TTA terdiri daripada cadangan perjalanan berperingkat mengikut masa dan destinasi tertentu dari Lembah Klang ke bandar-bandar utama bertujuan mengagihkan trafik dan mengurangkan kesesakan di laluan-laluan utama lebuh raya, plaza tol dan kawasan rehat pada waktu-waktu puncak.

“Plus menjangka orang ramai di Lembah Klang mula bergerak keluar pada 19 Dis sehingga 4 Jan. Justeru itu, Plus menasihatkan orang ramai yang menuju ke Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Johor supaya memasuki Lebuhraya Utara-Selatan antara pukul 6 pagi hingga 11 pagi,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.


Pengguna yang menuju ke destinasi Taiping, Kuala Kangsar, Gerik, Jasin dan Bandaraya Melaka dinasihatkan memasuki lebuh raya di antara pukul 11 pagi hingga 2 petang.

Sehubungan itu, Plus menasihati orang ramai supaya mendapatkan maklumat trafik terkini dengan menghubungi talian bebas tol PLUSLine 1800 88 0000 atau mengikuti laman Twitter PLUSTrafik. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • PLUS

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori