• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengasas Bantahan Di Hong Kong Serah Diri

oleh Ahmad Albab
02/12/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

HONG KONG – Tiga pengasas pergerakan prodemokrasi ‘Occupy Central’ di Hong Kong akan menyerah diri kepada polis dengan menggesa penunjuk perasaan yang masih berada di jalan raya supaya menghentikan bantahan itu.

“Ketika kami membuat persediaan untuk menyerah diri, kami menggesa pelajar lain supaya berundur,” kata pemimpin ‘Occupy Central’, Benny Tai dengan diiringi tangisan.

Ahad lalu, beratus-ratus penunjuk perasaan prodemokrasi bertempur dengan polis mengakibatkan berpuluh orang cedera.

Menurut Tai, ketiga-tiga mereka akan menyerah diri kepada polis esok selaras dengan kedaulatan undang-undang serta prinsip keamanan.

“Penyerahan diri bukan tindakan pengecut, ia adalah keberanian untuk bertindak berdasarkan janji. Menyerah diri bukan bermakna kegagalan, ia adalah pengisytiharan secara senyap mengenai sebuah kerajaan yang tidak berhati perut,” kata Tai.

Beliau memuji keberanian pelajar yang berada di hadapan dalam tunjuk perasaan itu dan mengecam polis kerana tindakan di luar kawalan mereka.

“Sudah sampai masanya bagi penunjuk perasaan meninggalkan tempat yang merbahaya ini,” tegasnya.

Tai, Chan Kin-man dan Chu Yiu-ming mengasaskan kumpulan ‘Occupy Central’ itu pada awal 2013 bagi mendesak pembaharuan politik tetapi tidak terbabit secara aktif apabila muncul kumpulan pelajar lain yang lebih radikal. – AFP

Tags: Hong KongRusuhan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Harga Petrol Di Hong Kong Cecah RM14 Seliter – Saifuddin Nasution

Harga Petrol Di Hong Kong Cecah RM14 Seliter – Saifuddin Nasution

27/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menegaskan harga petrol negara lain jauh lebih mahal berbanding...

Pembantu Rumah Indonesia Maut Dalam Kebakaran Di Hong Kong Ketika Lindungi Bayi Majikan

Pembantu Rumah Indonesia Maut Dalam Kebakaran Di Hong Kong Ketika Lindungi Bayi Majikan

12/12/2025
0

HONG KONG, 12 Dis – Seorang pembantu rumah warga Indonesia dilaporkan terkorban dalam kebakaran besar di Wang Fuk Court, Tai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd