• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pencetus Gelaran ‘Harimau Malaya’ Meninggal Dunia

oleh Ahmad Albab
25/12/2014
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Legenda bola sepak negara pada era 40 dan 50an yang digelar sebagai Harimau Malaya, Abdullah Mohd. Don (Dollah Don) meninggal dunia pagi ini akibat sakit tua.

Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) dalam satu kenyataan media memberitahu, anak kelahiran Johor itu merupakan bekas pemain bola sepak handalan negara satu waktu dulu.

“Kehebatan beliau semasa menerajui jentera serangan pasukan kebangsaan mendapat perhatian bekas Presiden Indonesia Sukarno sehingga diberi jolokan “Harimau Malaya”.

“Beliau Dilahirkan di Stulang Laut, Johor pada 23 Mac 1923. Dollah Don menghembuskan nafasnya yang terakhir di KPJ Puteri pada pukul 4 pagi tadi pada usia 91 tahun,” kata kenyataan itu hari ini.

Dollah Don-1

Menurut kenyataan itu, jenazah Allhayarham Dollah Don akan dikebumikan di Pusara Mahmoodiah selepas waktu Zohor hari ini.

Sehubungan itu, PBNJ mengucapkan takziah kepada keluarga bekas pemain yang mencetuskan gelaran Harimau Malaya buat skuad negara hingga hari ini.

Sebuah blog melaporkan sejarah asal-usul nama Harimau Malaya diambil daripada gelaran yang diberikan kepada Dollah Don selaku penyerang skuad kebangsaan.

Dollah Don dilaporkan mempunyai ramai peminat bola sepak di Indonesia dan sering menerima jemputan untuk bermain di negara tersebut.

Ramai penganalisis bola sepak waktu itu menganggap beliau pakar menjaringkan gol di rantau ini.

Sejak itu gelaran Harimau Malaya melekat kepada Dollah Don dan seterusnya digunakan sebagai gelaran pasukan kebangsaan hingga hari ini.

Tags: Harimau Malayameninggal dunia
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pelakon, penyanyi dan pelawak tanah air, Jalil Hamid, 69, meninggal dunia dalam tidur di rumahnya tengah hari...

RENCANA: Masalah Bola Sepak Malaysia Bukan Di Padang, Tapi Mentaliti

RENCANA: Masalah Bola Sepak Malaysia Bukan Di Padang, Tapi Mentaliti

30/03/2026
0

DATUK Dr. Muhamad Akmal Saleh pun puji JDT. Itu realiti yang mungkin buat sesetengah pihak rasa kurang selesa. Bila Akmal...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd