• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemilik Gembira, Kereta Dicuri Dicat Semula Dengan Cantik

oleh AK-47
08/12/2014
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

Seorang lelaki berusia 56 tahun di Thailand, Prayoon Sudcha yang pada mulanya marah apabila kereta Toyota Yaris miliknya dicuri berasa lega apabila kereta itu ditemui semula dalam keadaan lebih baik.

Memetik laporan Bangkok Post, suspek, Pichet Prompakdee, 25, dari Chaiyaphum telah ditahan di sebuah restoran Korea di Jalan Kalapruek, kawasan Muang di Khon Kaen di mana dia bekerja sebagai pelayan.

Polis kemudiannya menemui semula kereta dan sebuah telefon bimbit serta nombor plat daerah Khon Kaen milik Prayoon.

Menurut Ketua Polis Daerah Khon Kaen, Kolonel Supakorn Khamsingnok, Prayoon telah membuat laporan polis kehilangan keretanya pada bulan lepas ketika keluar minum bersama rakan-rakan.

BACA – Curi Kereta Mewah Setiap Bulan Untuk Kekasih

Prayoon dalam ceritanya kepada polis berkata, dia terlalu mabuk dan membuat keputusan untuk tidur di dalam keretanya yang diletakkan di tepi jalan.

Sebaik bangun pagi keesokannya, dia mendapati dirinya berada di sebuah taman awam dengan seorang lelaki di tempat duduk pemandu, meninggalkannya dan melarikan kereta.

Suparkorn berkata, polis berjaya mendapatkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di sekitar taman ketika insiden berlaku lalu berjaya menjejaki semula kereta itu di kawasan berdekatan tempat Pichet bekerja.

Pada awalnya, Pichet berdolak-dalih mengatakan kereta berkenaan adalah miliknya tetapi gagal mengemukakan dokumen pemilikan kereta sebelum akhirnya mengaku mencuri.

Suspek memberitahu polis bahawa kereta milik Prayoon menghalang laluan ketika dia menunggang motosikal untuk pulang ke asrama yang didiaminya.

Dia melihat ke dalam kereta dan mendapati pemiliknya berada di kerusi belakang, mabuk dan berdengkur dengan kuat sementara enjin masih hidup dan kereta tidak berkunci.

Pichat berkata dia cuba mengejutkan Prayoon daripada tidur tetapi gagal dan kemudian memandu kereta berkenaan ke sebuah taman awam.

Di situ, Prayoon akhirnya terjaga dan suspek menawarkan diri untuk menghantarnya pulang.

Oleh kerana dilihatnya Prayoon masih mabuk, Pichet mengambil keputusan meninggalkannya di taman dan kembali ke asrama bersama kereta tersebut.

Pichet kemudian mengecat semula kereta itu, menghiasnya dengan pelekat dan menukar nombor pendaftaran kereta dengan nombor kereta miliknya yang telah ditarik oleh pihak bank kerana gagal membayar ansuran. – MYNEWSHUB.CC

Oleh : IBNU K 

Video Sampingan – Toyota Yaris

Tags: Jenayahkereta
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kanak-Kanak 3 Tahun Nyaris Maut, Tercampak Keluar Kereta Dipandu Bapa

Kanak-Kanak 3 Tahun Nyaris Maut, Tercampak Keluar Kereta Dipandu Bapa

07/04/2025
0

LIPIS : Seorang kanak-kanak berusia tiga tahun dipercayai tercampak dan tercicir dari kereta yang dipandu bapanya di KM 7, Jalan...

Langgar Bahu Punca Pergaduhan Pekerja Kilang

Dua Ditemui Mati Dalam Kereta Di Parkir Stesen Minyak

27/02/2024
0

KUANTAN: Seorang lelaki dan wanita ditemukan meninggal dunia dalam sebuah kereta berkunci di kawasan parkir sebuah stesen minyak di Jalan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd