• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemegang ASB Terima Dividen 7.50 Sen, Bonus 1 Sen Seunit

oleh Ahmad Albab
19/12/2014
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pemegang unit Amanah Saham Bumiputera (ASB) akan menerima dividen 7.50 sen seunit bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2014 berbanding 7.70 sen yang diterima tahun lepas.

Anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Bhd (PNB) itu turut mengumumkan bahawa 8.60 juta pemegang unit ASB bakal menerima bonus 1.00 sen seunit.

Pengerusi PNB Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid berkata pemegang unit secara kolektifnya memegang 137.07 bilion unit ASB.

Beliau berkata peruntukan bagi pengagihan pendapatan itu membabitkan jumlah pembayaran sebanyak RM10.16 bilion, meningkat sebanyak 10.8 peratus berbanding RM9.17 bilion yang dibayar pada tahun lepas.

Manakala bagi bayaran bonus, ia melibatkan sejumlah RM804.43 juta, peningkatan sebanyak 19 peratus daripada 2013.

Sehingga Selasa lepas, katanya, skim itu mencatatkan pendapatan kasar sebanyak RM10.55 bilion.

“Pelaburan dalam beberapa syarikat menyumbang RM4.64 bilion atau 44 peratus, pendapatan daripada keuntungan jualan saham sebanyak RM4.23 bilion atau 40.1 peratus dan lain-lain pendapatan sebanyak RM1.68 bilion atau 15.9 peratus,” katanya pada satu taklimat media di sini hari ini.

Prestasi ASB sepanjang tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2014, secara keseluruhannya masih memuaskan walaupun pasaran saham mengalami penurunan mendadak sejak kebelakangan ini.

Sehingga 16 Dis, 2014, indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI mencatatkan penurunan sebanyak 10.3 peratus kepada 1,673.94 mata, berbanding 1,866.96 mata yang dicatatkan pada 31 Dis, 2013, berikutan penurunan harga minyak mentah dunia yang berterusan.

Semua urus niaga bagi ASB akan ditangguhkan mulai 23 Dis, 2014 sehingga 1 Januari, 2015, bagi tujuan pengiraan pendapatan dan bonus, katanya.- BERNAMA

Tags: ASB
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Agihan Pendapatan ASB 5.25 Sen

Agihan Pendapatan ASB 5.25 Sen

21/12/2023
0

Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), syarikat pengurusan unit amanah milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB), mengumumkan jumlah pengagihan pendapatan sebanyak...

Dividen ASB 4.6 Sen, Bonus Tambahan 0.5 Sen

Dividen ASB 4.6 Sen, Bonus Tambahan 0.5 Sen

22/12/2022
1

PETALING JAYA : Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) mengumumkan agihan pendapatan 3.35 sen seunit dan bonus 1.25 sen seunit kepada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd