• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemandu Ambulans Maut, 8 Cedera Nahas Dekat Tanjung Malim

oleh Ahmad Albab
15/12/2014
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

Oleh Nur Natasha Aida Ismail

KUALA LUMPUR — Seorang pemandu ambulans maut manakala lapan lagi cedera dalam kemalangan melibatkan ambulans Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di KM404 Lebuhraya Utara Selatan antara Tanjung Malim dan Lembah Beringin hari ini.

Pemangku Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor DSP Zulkifli Bedin berkata turut cedera dalam kemalangan kira-kira 4 petang itu ialah tiga budak perempuan yang menaiki MPV berkenaan.

Beliau berkata lima sekeluarga menaiki MPV itu manakala ambulans HKL itu dinaiki empat orang termasuk pemandu kedua dan dua jururawat.

“Ambulans dan MPV itu berlanggar semasa hujan lebat menyebabkan kedua-dua kenderaan itu terbabas lalu terbalik ke bahagian kiri jalan.

“Kemalangan itu menyebabkan pemandu ambulans maut di tempat kejadian, seorang jururawat cedera parah pada bahagian paru-paru manakala pemandu kedua dan seorang lagi jururawat cedera ringan,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, malam ini.

Pemandu yang maut ialah Safar Ibrahim, 57, jururawat yang parah ialah Rabaitul Adawayah Samsudin, 24, manakala yang cedera ringan ialah Mohd Rudin Ahmad, 50, dan Normanan Farida Makhtar, 28.

Sementara itu, kesemua mangsa yang menaiki MPV itu cedera ringan iaitu pemandu Kok Chin Wei, 37, dan isterinya Lum Yoke Moi, 37, serta anak-anak mereka Chauyuet Jing, 14, Chauyaet Thong, 11, Chauyet Wen, 8,” katanya.

Zulkifli berkata ambulans itu dalam perjalanan dari Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh menuju ke HKL.

Pemandu yang maut dibawa ke HKL manakala mangsa yang cedera dirawat di Hospital Sungai Buloh.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. — BERNAMA

 

ambulan 2

ambulan 4

VIDEO SAMPINGAN – BUKAN KEJADIAN DI ATAS

Tags: Ambulanskemalangan maut
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pelajar Maut Hari Pertama Persekolahan

Pelajar Maut Hari Pertama Persekolahan

11/01/2026
0

KUALA TERENGGANU: Seorang pelajar tingkatan tiga maut selepas motosikal ditungganginya bertembung dengan sebuah kereta di Kampung Pengadang Baru, di sini,...

Kemalangan Maut Penunggang Motosikal, Pemandu Lori Direman Kerana Positif Dadah

Kemalangan Maut Penunggang Motosikal, Pemandu Lori Direman Kerana Positif Dadah

04/01/2026
0

SEGAMAT: Pemandu lori terbabit kemalangan di Jalan Tenang Jaya, Pekan Tenang, di sini, semalam yang mengorbankan penunggang motosikal, direman dua...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd