Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

Singapura Tawar Suntikan Penggalak...

SINGAPURA: Suntikan penggalak akan ditawarkan kepada kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun pada...

Lelaki Cari Calon Isteri...

MASIHKAH anda ingat dengan kisah viral mengenai seorang lelaki mencari calon isteri menerusi...

Majikan Diingat Patuhi Peruntukan...

PUTRAJAYA - Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V pada...

Wanita Tak Ketawa Selama...

DI SAAT rakan-rakannya bergelak ketawa tatkala berkumpul bersama, Tess Christian, 50, langsung tidak mempamerkan...

Pellegrini Melenting Aksi Hambar Man City

MANCHESTER – Manuel Pellegrini melenting, hari ini melihat gelagat pemainnya yang leka sehingga membiarkan kelebihan dua gol terlepas selepas seri 2-2 ketika menentang pasukan kerdil, Burnley, awal pagi tadi.

Juara bertahan itu mensia-siakan peluang untuk merapatkan jurang kepada satu mata dengan pendahulu Liga Perdana Inggeris, Chelsea yang juga seri 1-1 ketika menentang Southampton di laman lawan, malam tadi.

“Pemain saya seperti sudah yakin selepas mendahului 2-0 tetapi permainan bola sepak belum tamat sehingga wisel penamat,” kata Pellegrini.

“Kami gagal menyambung rentak sama. Kami bermain baik pada babak pertama tapi amat jelas sekali kami tidak dapat mengekalkan rentak sama selepas rehat.


“Pada babak kedua lawan menjaringkan satu gol yang memberi semangat kepada mereka. Keyakinan mereka bertambah dan situasi ini memberi masalah kepada kami.”

Dua gol babak pertama oleh David Silva dan Fernandinho memberi pendahuluan selesa kepada City di Etihad.

Namun, jaringan pada awal babak kedua oleh penyerang Burnley, George Boyd serta gol penyamaan yang dramatik pada minit ke-82 oleh Ashley Barnes meranapkan hajat City mahu melakar kemenangan ke-10 berturut-turut untuk kelab. – AFP

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori