• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, July 19, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelanggan Kempunan Diurut Warga Asing

oleh Ahmad Albab
02/12/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Seorang pelanggan khidmat urutan badan oleh wanita warga asing di sebuah premis di Mergong, dekat sini, kempunan apabila ditahan sepasukan anggota imigresen.

Penolong Pengarah (Ketua Bahagian Penguatkuasa), Mohd Shahrir Khalil berkata, lelaki warga Bangladesh terbabit antara yang ditahan dalam serbuan kira-kira 9 malam, kelmarin.

“Kira-kira 20 anggota imigresen melakukan serbuan dalam ‘Ops Sayang’ ke atas premis berkenaan berdasarkan risikan dan intipan.

“Kita membuat serbuan ke atas tiga premis rumah urut berkenaan kerana disyaki menggaji wanita warga asing sebagai tukang urut,” katanya kepada Sinar Harian.

Malah, katanya, seramai 21 wanita warganegara Thailand yang memegang pas sosial berusia antara 24 hingga 46 tahun turut ditahan melalui pemeriksaan itu.

“Ketika serbuan, ada warga asing cuba melarikan diri dan bersembunyi bagi mengelakkan dicekup, namun akhirnya ditahan hasil tindakan pantas anggota,” katanya.

Mohd Shahrir berkata, mereka menahan seorang wanita warga tempatan dipercayai majikan, selain memeriksa dan mengambil keterangan pelanggan tempatan.

Bagaimanapun, katanya, pihak mereka belum dapat mengenal pasti sama ada ada perkhidmatan lain berselindung di sebalik rumah urut tersebut. – Sinar Harian Online

Tags: rumah urut
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Akim Ahmad Sedih Difitnah Ambil Bahan Terlarang

Next Post

Malaysia Mahu Kurang Jangkitan HIV

Related Posts

Pembantu Tadbir DBKL Didakwa Terima Rasuah Rumah Urut

11/04/2019
0

SHAH ALAM - Tindakan seorang pembantu tadbir Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menerima rasuah berjumlah RM1,500 daripada pengusaha sebuah rumah...

Bekas Penguat Kuasa MPKj Didakwa Rasuah Rumah Urut

11/04/2019
0

SHAH ALAM - Seorang bekas pembantu penguat kuasa Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini...

Next Post

Malaysia Mahu Kurang Jangkitan HIV

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd