• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelan Penerbangan QZ8501 Berbahaya – Pakar Australia

oleh Ahmad Albab
31/12/2014
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

SYDNEY – Pakar penerbangan Australia berkata, kesilapan manusia membawa kepada kehilangan pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 selepas juruterbang membawa pesawat itu ke dalam zon bahaya yang diketahui di ruang udara Laut Jawa.

Neil Hansford berkata, kapten warga Indonesia atau pembantu juruterbang warga Perancis pesawat itulah yang merancang “pelan penerbangan berbahaya” itu.

Beliau berkata, juruterbang senior akan mengelak melalui kawasan berkenaan di mana pesawat dipercayai akan terhempas dan tidak boleh terbang melaluinya.

“Mereka memanggilnya ‘kilang ribut petir’. Anda merancang untuk mengelaknya, anda tidak merancang untuk melaluinya,” kata Hansford kepada Nine Network.

Beliau berkata, sesiapa yang merancang penerbangan itu telah membuat satu kesilapan besar.

“Kami tidak tahu sama ada ia pembantu juruterbang atau kapten sendiri…sama ada mereka membaca laporan meteorologi yang diberikan ketika di Surabaya.

“Bagaimana pula tahap komunikasi sesama mereka? Bahasa asas seorang itu ialah bahasa (Indonesia), bahasa seorang lagi pula Perancis,” katanya.

Hansford menyimpulkan bahawa nahas berkenaan sebagai kesilapan juruterbang.

“Saya sudah katakan sebelum ini, ia bukan masalah teknikal,” katanya. – BERNAMA

https://www.youtube.com/watch?v=Js2A2ysjLos

https://www.youtube.com/watch?v=7bOkRoj389w

Tags: AirAsia Indonesia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Gurauan Bawa ‘Bom’, Penerbangan Tertunda 2 Jam

23/07/2016
0

BALIK PULAU (Pulau Pinang) - Pasangan suami isteri warga Indonesia yang bergurau kononnya mempunyai bom di dalam bagasi kabin mereka,...

Pesawat Trigana Air Terhempas Di Papua Bawa 6.5 Bilion Rupiah

17/08/2015
0

NAHAS pesawat Trigana Air milik Indonesia yang dilaporkan terhempas di satu kawasan pergunungan di Papua disahkan membawa sejumlah wang bernilai 6.5...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd