• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, September 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pegawai TUDM Maut Kemalangan Di Lebuhraya Pantai Timur

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

DUNGUN – Seorang Pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) maut selepas kenderaan serbaguna (MPV) yang dipandunya terlibat dalam kemalangan di Kilometer 341.3 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) berhampiran Felda Kerteh 2, dekat sini, petang semalam.

Mangsa Leftenan Kolonel Zahari Mustaffa, 51, yang bertugas di Pangkalan Udara Gong Kedak, Besut maut di tempat kejadian setelah Toyota Innova yang dipandunya hilang kawalan lalu merempuh pembahagi jalan sebelum terbalik dengan keadaan keempat-empat tayarnya ke atas kira-kira pukul 6.50 petang.

Ketika kejadian, mangsa yang dipercayai dari arah Kuala Lumpur selepas menziarahi isterinya yang sakit dalam perjalanan pulang untuk bertugas di Besut sebelum terbabit dalam kemalangan itu.

Sepasukan enam anggota Bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Paka telah dikerahkan ke tempat kejadian bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit di dalam kenderaannya.

Ketua Polis Daerah Dungun Supt Ahmad Zailani Yaacub ketika dihubungi Bernama mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.

Jenazah mangsa dibawa ke Hospital Dungun untuk bedah siasat. – BERNAMA

Tags: kemalangan maut
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kemalangan Maut: Sekadar Nasihat Berhati-Hati Di Jalan Raya Tak Cukup

Kemalangan Maut: Sekadar Nasihat Berhati-Hati Di Jalan Raya Tak Cukup

02/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Sekadar menasihatkan pemandu supaya lebih berhati-hati di jalan raya tidak mencukupi untuk menangani isu kemalangan dan kehilangan...

Tragedi Simpang Renggam Bukan Isu Kaum – Harith Iskander

Tragedi Simpang Renggam Bukan Isu Kaum – Harith Iskander

03/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Pelawak dan pengacara terkenal, Harith Iskander menggesa masyarakat supaya tidak mempolitikkan tragedi kemalangan maut di Simpang Renggam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd