Saturday, July 20, 2024

Creating liberating content

Harga Minyak Naik Sikit...

PUTRAJAYA – Harga runcit siling bahan bakar ditetapkan secara mingguan mulai 30 Mac...

Tak Perlu Was-Was Daging...

KUALA TERENGGANU - Umat Islam di negeri Terengganu tidak perlu was-was untuk memakan...

Gesa Perhimpunan Agung PBB...

ISLAMABAD - Pakistan pada Jumaat menggesa Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengambil...

Pesara Saman Diarah Tukar...

TEL AVIV - Seorang bekas peguam wanita Yahudi yang pernah melarikan diri daripada...

Pegawai SPRM Kedua Dipinjamkan Ke Interpol

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terbukti diiktiraf di peringkat antarabangsa apabila seorang lagi pegawainya akan ditempatkan di Pertubuhan Polis Antarabangsa (Interpol), di Perancis bermula esok, 15 Disember 2014.

Penolong Pengarah Pusat Pengajian Antarabangsa Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia, Penolong Pesuruhjaya (PPj), Mohan Munusamy, 43, akan bertugas di Jabatan Antirasuah sebagai Pegawai Perisikan Jenayah selama tiga tahun.

Sebelum ini, Ketua Penolong Kanan Pesuruhjaya SPRM, Mohd Hafaz Nazar telah berkhidmat di Interpol selama dua tahun bermula Disember 2011.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan dan Profesionalisme) SPRM, Datuk Zakaria Jaffar berkata, penempatan pegawai SPRM di Interpol untuk kali kedua membuktikan keyakinan pertubuhan itu terhadap pengalaman dan kebolehan pegawai-pegawai SPRM.

“Peluang menempatkan pegawai di Interpol adalah satu kelebihan dan seharusnya dimanfaatkan supaya pengalaman, pengetahuan, kepakaran dan strategik pencegahan rasuah antarabangsa dapat diserap serta dimanfaatkan di peringkat domestik.

“Pegawai kita juga akan menggunakan kepakaran dan pengalaman dimiliki untuk dimanfaatkan sewaktu bertugas di Interpol,” kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.
Mohan telah berkhidmat di SPRM selama 18 tahun dan memiliki Ijazah Sarjana Pengurusan Jenayah Ekonomi.

SPRM merupakan salah satu daripada empat agensi penguatkuasaan undang-undang pencegahan rasuah yang dipilih selain Perancis, Amerika Syarikat, Nigeria, Botswana, Jepun dan Bulgaria. Dalam pada itu, Mohan menyifatkan pemilihan beliau sebagai satu penghargaan kepada SPRM dan negara.


Mohan berkata, beliau akan menjalankan tanggungjawab sebaik yang mungkin untuk memastikan jenayah rasuah antarabangsa dapat dikekang.

“Saya akan menggunakan sepenuhnya pengalaman untuk dimanfaatkan di Interpol. Kepercayaan yang diberikan tidak akan disia-siakan,” katanya.

Antara skop tugas pegawai SPRM di Interpol termasuklah membangun dan mengeratkan hubungan dengan agensi penguatkuasaan undang-undang rasuah, membangunkan amalan-amalan baik pencegahan rasuah, memberi latihan kepada agensi penguatkuasaan pencegahan rasuah di dunia dan mewujudkan perkongsian strategik dengan organisasi atau institusi pembanterasan rasuah dunia.

SUMBER : Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
NAMA : KPKPj ROHAIZAD YAAKOB
TEL : 019-3522777

NAMA : DR G MANIMARAN
TEL : 012-3081355 – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori