Tuesday, April 30, 2024

Creating liberating content

Banjir Baling: 300 Penduduk...

BALING : Banjir kilat yang melanda sembilan kampung di Mukim Kupang petang semalam,...

Kerajaan Tambah Baik Rumah...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memberi jaminan semua...

Bintang Kelahiran Mesir, Omar...

OMAR Sharif, bintang kelahiran Mesir yang popular kerana wataknya dalam filem Lawrence of...

AS Hargai Malaysia Cari...

KUALA LUMPUR – Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald J. Trump telah menzahirkan penghargaan...

Pasukan Simpanan Persekutuan Akan Ditransformasi

KUALA LUMPUR – Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP) akan ditransformasi bagi memenuhi aspirasi rakyat dalam mengawal demonstrasi jalanan dan ketenteraman awam, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Beliau berkata antara transformasi itu ialah melibatkan perubahan pola pemikiran para pegawai dan anggota FRU yang perlu mengikut piawaian antarabangsa.

“Dalam menangani perhimpunan misalnya, mungkin kita tidak boleh bertindak seperti 10 hingga 15 tahun yang lepas seperti bertindak mengeluarkan cota. Ia perlukan transformasi pola pemikiran kita.

“Usaha ini seiring dengan ekspektasi dan aspirasi rakyat dalam melaksanakan hak kebebasan mereka. Kita sekarang berhadapan dengan situasi di mana kita (polis) dinilai dan dihukum oleh persepsi rakyat,” kata Khalid ketika berucap
sempena sambutan ulang tahun PSP ke-59 di Kompleks PSP, Cheras hari ini.

Menurutnya, walaupun terdapat segelintir pihak mendakwa berlaku kemerosotan dalam tahap keamanan negara dan negara belum mencapai status 10 negara paling aman di dunia, namun itu bukan disebabkan pasukan polis gagal dalam melaksanakan tanggungjawab mereka kepada rakyat dan negara.


Khalid berkata polis berjaya mengekal keamanan dan kedaulatan negara sehingga Malaysia diletak dalam kategori ‘tinggi dalam ranking keamanan’ berdasarkan laporan Global Peace Index 2014.

“Kita tidak dapat lari daripada menerima tempias turun-naik gelombang globalisasi yang sedikit sebanyak memberi kesan kepada negara,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori