• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Padah…Pemuda Maut Mengintai Bini Orang Di Kemaman

oleh AK-47
04/12/2014
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

Gara-gara berang melihat seorang lelaki yang sedang mengintai isterinya, seorang suami berserta rakan-rakannya bertindak memukul lelaki berkenaan sehingga membawa kepada maut.

Insiden ini berpunca apabila mangsa dipercayai sedang leka mengintai isteri suspek yang berusia 20-an menerusi tingkap jeriji (tingkap nako) di sebuah rumah Kampung Bujar, Air Jernih yang dikelilingi tanaman kelapa sawit kira-kira pukul 8.30 malam.

Geram dengan tindakan pemuda tersebut, si suami dan rakan-rakannya menangkap dan memukul mangsa sehingga pengsan.

Insiden yang berlaku Ahad lalu ini membawa kepada penahanan lima suspek termasuk sang suami oleh pihak polis Kemaman.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Wan Abdul Aziz Wan Hamzah berkata, berang dengan tindakan itu, suami wanita  berkenaan bersama empat lagi rakannya memukul mangsa sehingga pengsan dan kemudian menghantar mangsa ke Pusat Kesihatan Kemasik.

“Akibat insiden itu, mangsa mengalami kecederaan di bahagian dada, tangan dan dahi serta pendarahan di hidung dan  telinga akibat dipukul.” ujar Wan Abdul Aziz.

Malangnya, mangsa tidak dapat diselamatkan dan dipercayai meninggal dunia ketika dalam perjalanan mendapatkan rawatan lanjut di Hospital Kemaman.  

Wan Abdul Aziz berkata, pihaknya telah menerima maklumat daripada Hospital Kemaman  tentang mayat seorang lelaki yang diterima di hospital itu kira-kira pukul 12.01 tengah malam, Isnin.

Susulan laporan tersebut, pihak polis berjaya menjejaki dan menahan  kelima-lima suspek yang berusia antara 22 hingga 30 tahun di sekitar  Kemaman pada hari yang sama.  

Kesemua suspek termasuk suami wanita berkenaan kini sedang ditahan reman selama tujuh hari untuk siasatan lanjut.  

Manakala, jika suspek disabitkan kesalahan, kes akan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.- MYNEWSHUB.CC

Oleh: FARAH

 

Tags: mautmengintai
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bahana Jalan Berlubang  – Anggota Trafik Maut

Bahana Jalan Berlubang – Anggota Trafik Maut

06/03/2026
0

KUALA BERANG – Seorang anggota trafik dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Terengganu maut selepas motosikal yang dinaikinya terbabas...

Budak 11 Tahun Maut, 2 Adik Kritikal Diberi Minum Metadon Oleh Ibu

Budak 11 Tahun Maut, 2 Adik Kritikal Diberi Minum Metadon Oleh Ibu

11/02/2026
0

KAJANG: Seorang kanak-kanak lelaki maut, manakala dua adiknya kritikal selepas dipercayai diberi minum Metadon oleh ibu kandung mereka sendiri, pagi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd