• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Operasi Kawalan Harga KPDNKK Bukan Bermusim

oleh Ahmad Albab
09/12/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Operasi pemantauan dan kawalan harga oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) diadakan sepanjang masa, bukan hanya ketika musim perayaan, kata Timbalan Menteri Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah.

Beliau berkata pemantauan sepanjang masa itu dilakukan melalui Ops Harga KPDNKK, yang bukan sahaja untuk mengawal harga barang tetapi turut mengambil tindakan sewajarnya kepada individu dan premis yang mengambil kesempatan menaikkan harga barang sesuka hati.

“Penguatkuasaan kita ada dua, dari segi tindakan dan juga pemeriksaan. Pertama dalam Ops Harga akan berlaku sepanjang masa tanpa ada musim dan kedua ialah dari segi penguatkuasaan semasa musim perayaan,” katanya menjawab soalan Sentor Datuk Mohd Salim Sharif pada persidangan Dewan Negara di sini hari ini .

Ahmad Bashah berkata, KPDNKK menjalankan pemeriksaan ke atas 1,865,039 premis perniagaan, menerusi Ops Harga yang dijalankan bermula Januari hingga semalam.

Beliau berkata dalam tempoh itu juga, KPDNKK merekodkan 5,840 kes, 20 amaran, 93 notis dikeluarkan di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan.

“Keseluruhan nilai rampasan yang kita buat dalam tempoh tersebut ialah sebanyak M1,210,321.49 dan RM319,730 nilai kompaun dikutip,” katanya.

Selain itu, bagi mengawal harga ayam yang merupakan antara makanan utama di negara ini, Ahmad Bashah berkata KPDNKK mengambil beberapa langkah antaranya mengadakan perjumpaan dengan pengeluar ayam seperti Persekutuan Persatuan Penternak-Penternak Malaysia untuk berbincang mengenai harga ayam yang munasabah dan bekalan ayam yang mencukupi.

Katanya kementerian juga melaksanakan kawalan harga secara perundangan melalui Skim Kawalan Harga Musim Perayaan untuk menyekat kenaikan harga barang yang tidak munasabah kerana permintaan yang tinggi.

“Kementerian turut mengadakan perbincangan dengan kementerian dan agensi yang berkaitan dalam industri pengeluaran dan pemasaran ayam iaitu Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar,” katanya. – BERNAMA

Tags: KPDNKK
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

KKM Tunggu Maklum Balas MOF, KPDNHEP Isu Caj Rundingan Hospital

04/10/2018
0

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) masih menunggu maklum balas daripada Kementerian Kewangan dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan...

Friends Of KPDNKK Perlu Bergerak Aktif Pantau Harga

27/07/2018
0

MELAKA - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Melaka disaran mengaktifkan 'Friends of KPDNHEP' sebagai mata dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd