Sunday, May 12, 2024

Creating liberating content

Muhyiddin Umum 3 Langkah...

PERDANA Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, hari ini mengumumkan tiga langkah penangguhan membabitkan...

Potong Elaun Ahli Politik,...

POTONG elaun ahli politik dan menteri, bukan elaun kritikal doktor, ahli farmasi serta...

VIDEO: Penampakan Hantu Di...

Perkara mistik merupakan antara topik yang mudah mendapat perhatian masyarakat.Di Singapura sekarang, antara...

Raja Zarith Sofiah Bergelar...

JOHOR BAHARU - Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah hari ini dimahkotakan...

Obama Minta AS$585 Bilion Perangi Militan Islam

WASHINGTON – Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) semakin hampir meluluskan peruntukan berjumlah AS$585 bilion (RM2.01 trilion) di bawah rang undang-undang dasar pertahanan yang memberi kuasa kepada Presiden Barack Obama untuk meluaskan operasi memerangi kumpulan militan Islam termasuk Islamic State (IS) di Iraq dan Syria.

Rang undang-undang tersebut meluluskan per­belanjaan pertahanan negara termasuk pembinaan kapal, pesawat dan peralatan perang dan mengekalkan larangan memindahkan suspek keganasan dari penjara persekutuan di Teluk Guantanamo, Cuba ke AS.

Kongres yang terdiri daripada Dewan Perwakilan dan Senat dijangka meluluskan rang undang-undang itu pada minggu hadapan sebelum ditandatangani oleh Obama.

Walaupun kedua-dua dewan tersebut dikuasai oleh pembangkang iaitu Parti Republikan, Kongres tidak pernah gagal meluluskan rang undang-undang dasar pertahanan selama 52 tahun berturut-turut.

Rang undang-undang itu menyokong permintaan terbaharu Obama berhubung perang terhadap IS yang kini memasuki bulan keempat. Kumpulan militan tersebut menguasai sebahagian besar kawasan di Iraq dan Syria.


Obama meminta dana berbilion-bilion dolar untuk meningkatkan operasi memerangi IS dan menghantar sehingga 1,500 askar tambahan AS bagi tujuan tersebut.

Rang undang-undang tersebut memperuntukkan dana AS$5 bilion (RM17.23 bilion) bagi Obama meme­rangi militan IS di Iraq dan Syria. – AP

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori