• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, February 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Novemboys Juara Pertandingan Pop Krew

oleh Ahmad Albab
28/12/2014
dalam Artis, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Kumpulan Novemboys diumumkan sebagai juara pertandingan akhir program Pop Krew yang diadakan secara langsung di Kompleks Sukan Negara Panasonic di sini pada malam Sabtu.

Novemboys yang dianggotai Adam, Haqiem, Danial dan Wan berjaya mengalahkan tiga kumpulan lain iaitu 5beats, Algebra dan Briged sekaligus menerima wang tunai sebanyak RM50,000.

Selain itu kumpulan di bawah pengajar Tomok itu turut menerima kontrak selama setahun bersama syarikat pengurusan serta rakaman iaitu 8 Unit dan Monkey Bone.

“Jujurnya, berada di peringkat akhir sudah membuatkan kami berasa syukur kerana mampu berada sehingga ke tahap ini.

“Kami pun tidak sangka boleh menang kerana saingannya hebat-hebat belaka. Moga kejayaan ini membuka ruang pada kami menjadi penyanyi yang berjaya,” kata Adam.

Bagaimanapun tiga kumpulan lain iaitu Algebra, Briged dan 5Beats tidak mendapat sebarang tempat pada program itu.
Pada pertandingan akhir itu, Tomok dan Stacy membuka tirai persembahan dengan menyampaikan lagu Bang Bang dan Crazy In Love.

Kemudian bagi pusingan pertama, 5Beats diberi tugasan membawakan lagu Bosan (Stacy) dan Sebelah Jiwaku (Jaclyn Victor).

Algebra pula menyampaikan lagu Dipersimpangan Dilema (Nora) dan Pelangi Senja (Stacy).
Dalam pada itu kumpulan Briged tampil dengan lagu Salam Terakhir (Sudirman) dan Tapi Bukan Aku (Kerispatih)

Manakala Novemboys menyanyikan lagu Mewangi (Akim) dan Aku Yang Tersakiti (Judika).

Sebelum ke pusingan kedua, 5Beats disingkirkan manakala tiga kumpulan lain meneruskan persembahan membawakan lagu baru masing-masing.

Persembahan bagi setiap peserta diadili sepenuhnya oleh juri, Edry Abdul Halim, Altimet dan juri jemputan, Syafinaz Selamat.

Pop Krew yang dihoskan oleh Deen (Hot FM) dan Nana Mahazan telah bersiaran selama tujuh minggu bermula 14 November 2015 setiap Sabtu pukul, 8.30 malam di TV9.

Pop Krew merupakan kesinambungan program Idola kecil Ultra di mana ia dikembangkan kepada pencarian bakat-bakat golongan remaja sekitar 15 hingga 19 tahun untuk disatukan menjadi sebuah kumpulan. – mStar Online

Tags: pertandingan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sah Tiada Pertandingan Untuk Jawatan Presiden, Timbalan

Sah Tiada Pertandingan Untuk Jawatan Presiden, Timbalan

14/01/2023
0

PAU 2022 | Perwakilan Umno hari ini meluluskan usul agar tiada pertandingan dijalankan bagi jawatan presiden dan timbalan presiden parti...

UMNO Berpecah Lagi Jika Ada Pertandingan – Nur Jazlan

UMNO Berpecah Lagi Jika Ada Pertandingan – Nur Jazlan

03/01/2023
1

JOHOR BAHRU : Ahli akar umbi UMNO tidak perlu menjadikan kegagalan parti itu dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) sebagai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd