• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nicol Rangkul Kejohanan Skuasy Wanita Dunia 2014

oleh Ahmad Albab
31/12/2014
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ratu skuasy Malaysia, Datuk Nicol David melabuhkan tirai musim 2014 dengan bergaya selepas menjuarai Kejohanan Skuasy Wanita Dunia 2014 menewaskan peserta tuan rumah Mesir, Raneem El Weleily, semalam.

Ia merupakan kemenangan kelapan buat pemain skuasy wanita nombor satu dunia itu, menjulang gelaran mahkota dunia pada usia 30 tahun.

Kejohanan itu yang berlangsung di Wadi Degla Club di Kaherah, Mesir, menyaksikan Nicol terpaksa berhempas pulas selama 66 minit dalam pertarungan yang berlarutan sehingga lima set.

Anak kelahiran Pulau Pinang ini tewas kepada Raneem dalam set pertama 5-11, tetapi berjaya menyamakan kedudukan pada set berikutnya, 11-8.

Pada set ketiga, Nicol banyak melakukan kesilapan, membolehkan Raneem menundukkannya pada set ketiga, 7-11.

Set keempat adalah titik perubahan bagi Nicol selepas pemain nombor tiga dunia, Raneem berjaya mengawal permainan dan mengatasi Nicol pada kedudukan 10-6. Nicol kembali tenang dan mengawal permainan dengan baik untuk menyamakan kedudukan apabila menewaskan Raneem 14-12 dan mara ke set penentuan.

Pada set kelima, Nicol terus mengutip mata mendahului lawan dan menamatkan perlawanan dengan selesa, 11-5.

“Saya menanam azam, saya mahu memenangi mata terakhir. Saya terus mengulanginya: ia belum berakhir sehingga ia berakhir.

“Raneem juga bermain dengan baik, saya hanya perlu mencari kekuatan dalam diri saya…saya tidak berputus asa dan terus berjuang,” kata Nicol seperti yang dipetik dalam laman web www.squashsite.co.uk. – BERNAMA

Tags: Nicol DavidSkuasy
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Harleein Harumkan Nama Malaysia Di AS

24/12/2021
0

KUALA LUMPUR: Atlet cilik skuasy, Harleein Tan berazam untuk terus maju dalam usaha merangkul lebih banyak kejayaan di masa akan...

M’sia Batal Kejohanan Skuasy Dunia Di KL Sebab Atlet Israel, Omicron

30/11/2021
0

Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia lelaki di Malaysia dibatalkan kerana kebimbangan mengenai varian koronavirus baru Omicron dan isu visa untuk atlet...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd