• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, September 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nama Persiaran Gurney Kekal – Guan Eng

oleh Ahmad Albab
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGETOWN – Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menegaskan bahawa Persiaran Gurney di sini akan kekal dengan nama berkenaan dan kerajaan negeri tidak pernah bercadang menukarnya kepada Persiaran Chin Peng.

Lim menyifatkan tuduhan kononnya nama jalan berkenaan akan ditukar kepada Persiaran Chin Peng mulai 1 Jan depan sebagai satu fitnah dan cubaan untuk menimbulkan kebencian kaum.

Tuduhan itu dibuat Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang Rafizal Abdul Rahim.

“Kita nak tanya Rafizal mana ada sumber pejabat ketua menteri yang berikan maklumat sedemikian. Saya cabar beliau nyatakan siapa sumber itu. Kalau ketua menteri pun tak tahu (mengenai pertukaran nama) macam mana boleh ada sumber daripada pejabat ketua menteri.

“Perkara ini memang tidak wujud langsung. Persiaran Gurney akan kekal menjadi Persiaran Gurney. Kita rasa ini (dakwaan berkenaan) sudah lebih.

“Nak timbulkan kebencian terhadap kerajaan negeri, mengancam dan mengugut, saya rasa itu sudah lebih,” kata Lim pada sidang media di sini hari ini.

Sehubungan itu, beliau berkata kerajaan negeri akan membuat laporan polis terhadap Pemuda Umno Pulau Pinang dan Rafizal esok kerana membuat tuduhan jahat berkenaan.

Semalam, Rafizal mahukan penjelasan kerajaan negeri tentang khabar angin kononnya Persiaran Gurney akan ditukar nama berkuat kuasa 1 Jan sebagai mengenang sumbangan Chin Peng dalam memperjuangkan kemerdekaan negara.

Rafizal dalam sidang akhbar berkata pihaknya mendapat maklumat itu menerusi sumber dari pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang.

Bagaimanapun beliau enggan mendedahkan sumber berkenaan.

Lim berkata tindakan itu juga adalah cubaan Umno untuk mengalih perhatian rakyat terhadap ucapan Ketua Umno bahagian Permatang Pauh Datuk Mohd Zaidi Mohd Said pada Perhimpunan Agung Umno Jumaat lepas.

Mohd Zaidi mendakwa kegiatan seperti perjudian dan pelacuran adalah ‘sumber kekuatan Cina yang tidak menyokong Barisan Nasional (BN)’ di Pulau Pinang dan mahu aktiviti penguatkuasaan diperketatkan.

“Perbuatan jenayah ini saya rasa nak alih perhatian daripada masalah yang dihadapi oleh Umno sekarang,” katanya.

Sementara itu, Lim berharap polis dan Pihak Berkuasa Tempatan akan  menjalankan operasi bersama bagi menangani isu penjaga tempat letak kereta haram yang menggunakan kekerasan terhadap orang awam bagi mengutip wang.

“Pada 1 Dis lepas, seorang lelaki dipukul dengan helmet oleh penjaga tempat letak kereta haram kerana tidak membayar wang parkir. Lelaki itu tak mahu bayar sebab tempat letak kereta itu percuma,” tegasnya.

Dalam kejadian pukul 6 petang itu, Theam Ah Soo, 52, dipukul dengan helmet sebanyak tiga kali oleh seorang lelaki berusia dalam lingkungan 20-an mengakibatkan mata dan dadanya cedera selepas enggan membayar wang kepadanya.

Kereta itu diparkir di kawasan tempat letak kereta percuma milik Perbadanan Bukit Bendera di Air Itam. – BERNAMA

Tags: Lim Guan Eng
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lim Guan Eng Menteri Kewangan Paling Gagal – Fadzmel Fadzil

Lim Guan Eng Menteri Kewangan Paling Gagal – Fadzmel Fadzil

05/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Setiausaha Akhbar kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Fadzmel Fadzil membidas Lim Guan...

UMNO Main Peranan Utama Anthony Loke Tewas DUN Chennah – Lim Guan Eng

UMNO Main Peranan Utama Anthony Loke Tewas DUN Chennah – Lim Guan Eng

14/08/2026
0

KUALA LUMPUR - UMNO memainkan peranan utama dalam menyebabkan kekalahan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook di kerusi Dewan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd