• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tentera Darat Terima 12 Unit IFV25 Daripada Deftech

oleh Ahmad Albab
07/12/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PEKAN – Deftech DRB-HICOM Defence Technologies Sdn Bhd (Deftech) hari ini menyerahkan 12 unit kenderaan tempur infantri 25mm (IFV25) kepada Tentera Darat di kilang Deftech di sini, hari ini.

Penyerahan kenderaan 8X8 yang diberi nama ‘Gempita’ itu dilakukan oleh Pengarah Urusan Kumpulan DRB-HICOM Tan Sri Mohd Khamil Jamil kepada Panglima Tentera Darat Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor sambil disaksikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

IFV25 adalah varian pertama daripada 12 varian kenderaan tempur yang dibangun dan dikeluarkan oleh kilang Deftech di Pekan.

Terdahulu, Najib meluangkan masa kira-kira 45 minit untuk menghadiri taklimat tertutup oleh pihak Deftech di kilang tersebut sebelum melawat sekitar kilang berkenaan bagi meninjau operasi Deftech.

Sementara itu, Mohd Khamil berkata penyerahan itu adalah sebahagian daripada 257 unit yang perlu disediakan Deftech kepada Tentera Darat berdasarkan kontrak diperoleh pada tahun 2011.

“Dua belas unit ini direka bentuk, dibangunkan dan dikeluarkan oleh Deftech di sini dan pada tahun hadapan 67 unit lagi akan kita diserahkan kepada Tentera Darat,” katanya.

Beliau berkata bagi memastikan objektif pengeluaran dan kemampuan setiap jentera menepati jangkaan ditetapkan, Deftech melabur RM500 juta untuk meningkatkan infrastruktur, peralatan dan kemahiran tenaga kerja yang dimiliki mereka.

Raja Mohamed Affandi berkata perolehan aset terbaharu itu dilihat mampu meningkatkan tahap kesiapsiagaan Tentera Darat dalam berdepan ancaman musuh.

“Aset ini bakal memberikan kelebihan kepada kami dalam melaksanakan tugas pemantauan di lokasi strategik.

“Kita yakin kenderaan ini berbeza dengan kenderaan tempur yang kita ada pada masa kini, pada masa sama ia dapat meningkatkan lagi imej pasukan Tentera Darat,” katanya. – BERNAMA

Tags: Najib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Najib Pertahankan Kabinet Baru

30/08/2021
0

BETUL! Rakyat, hasil dan pencapaian perlu diutamakan. Saya perhati ramai yang kecewa dengan pengumuman kabinet baharu hari ini. Seolah-olah kebanyakan...

Kerajaan Lama Berundur, Bursa Terus Elok

30/08/2021
0

BURSA Malaysia telah mencatat prestasi antara terbaik dalam dunia sejak kerajaan lama undur diri pada 16 Ogos lalu.Indeks bursa telah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd