Sunday, July 21, 2024

Creating liberating content

Elaun Pengerusi MPKK Di...

IPOH - Seramai 829 pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Perak atau penghulu...

Cadangan Diesel Bot C2...

KUALA LUMPUR - Cadangan supaya harga minyak diesel bagi bot yang beroperasi di...

24 April Tarikh Pemilihan...

KUCHING - Tarikh 29 April menjadi penentu siapa bakal Presiden Persatuan Badminton Malaysia...

Memaksa Diri Berlari Untuk...

KUALA LUMPUR - Suasana gym masih senyap. Belum ada bunyi orang berlari di...

Najib Mahu Harimau Malaya Berjuang Penuh Semangat

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melahirkan keyakinan skuad Harimau Malaya mampu menjulang Piala AFF Suzuki 2014 dalam aksi menentang Thailand malam ini.

“Saya percaya pasukan Harimau Malaya mempunyai kebolehan untuk memenangi Piala AFF Suzuki 2014. Mainlah dengan penuh semangat.

“Rakyat Malaysia berdoa semoga pasukan Malaysia mencapai kejayaan menebus kekalahan di Bangkok baru-baru ini dan membawa satu permainan yang cukup hebat dan cemerlang…Insya-Allah,” katanya.

Najib berkata demikian menerusi klip video bertajuk ‘Kata-kata semangat Perdana Menteri kepada pasukan Harimau Malaya Akhir Piala AFF Suzuki 2014’ yang dimuat naik di laman YouTube.

Malaysia bertemu Thailand dalam perlawanan akhir kedua Piala AFF Suzuki 2014 di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini bermula 8 malam.


Malaysia tewas 0-2 kepada pasukan negara jiran itu dalam pertemuan akhir pertama di Stadium Nasional Rajamangala di Bangkok, Rabu lepas.

Skuad Harimau Malaya beraksi di final kali ketiga dalam kejohanan edisi 2014 selepas 1996 dan 2010.

Malaysia muncul juara kali pertama dalam edisi 2010 di bawah bimbingan Datuk K. Rajagobal. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori