• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MH370: Keluarga Belum Mahu Terima Pendahuluan Pampasan

oleh Ahmad Albab
11/12/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Banyak keluarga mangsa tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang sejak Mac lalu, belum mahu menerima wang pendahuluan pampasan AS50,000 (RM165,000) yang disediakan untuk setiap keluarga waris oleh syarikat penerbangan itu.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata ini kerana anggota keluarga masih menaruh harapan bahawa penumpang MH370 selamat dan akan kembali ke pangkuan mereka.

“Kami sudahpun menghulurkan pampasan pendahuluan sebanyak AS50,000 kepada ahli-ahli keluarga, malangnya ramai yang belum mahu mengambilnya kerana mereka masih menganggap bahawa ahli keluarga mereka masih hidup, kerana kita tak temui lagi pesawat mahupun mayat daripada tragedi MH370,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Senator Datuk Raja Roopiah Raja Abdullah yang ingin tahu status pampasan yang diberikan kepada anggota keluarga mangsa MH370 pada persidangan Dewan Negara di sini, hari ini.

Pesawat MH370 dengan 227 penumpang dan 12 anak kapal dalam perjalanan ke Beijing apabila ia hilang kira-kira sejam selepas memulakan penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 8 Mac lalu.

MAS menawarkan wang pendahuluan pampasan itu sebagai sebahagian daripada bayaran pampasan penuh kepada setiap keluarga mangsa.

Liow turut mengulangi pendirian kerajaan bahawa pencarian pesawat itu terus menjadi keutamaan dan kerajaan Malaysia komited dalam usaha pencarian bersama kerajaan Australia dan China.

“Sehingga kini operasi pencarian pesawat MH370 memasuki fasa operasi pencarian laut dalam yang diketuai Australian Transportation Safety Bureau. Operasi dimulakan Oktober lalu dan akan diteruskan dalam tempoh 12 bulan.

“Sehingga kini operasi pencarian laut dalam membabitkan penerokaan menyeluruh kawasan dasar laut yang dipetakan meliputi lebih daripada 9,600 kilometer persegi,” katanya.

Beliau berkata, sekiranya pesawat MH370 ditemui di dasar laut, fasa seterusnya akan diteruskan iaitu ‘recovery phase’ untuk mendapatkan semula pesawat berkenaan dari dasar laut. – BERNAMA

https://www.youtube.com/watch?v=TQsuCRo0ql4&spfreload=10

Tags: Liow Tiong LaiMH370
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mahkamah China Arah Malaysia Airlines Bayar Pampasan RM1.9 Juta Setiap Keluarga Bagi Lapan Kes MH370

Mahkamah China Arah Malaysia Airlines Bayar Pampasan RM1.9 Juta Setiap Keluarga Bagi Lapan Kes MH370

08/12/2025
0

KUALA LUMPUR – Selepas lebih 11 tahun tragedi kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 berlaku, mahkamah di Beijing akhirnya mengarahkan Malaysia...

MH370: 11 Tahun Berlalu, Mungkinkah Misteri Terungkai?

MH370: 11 Tahun Berlalu, Mungkinkah Misteri Terungkai?

08/03/2025
2

KUALA LUMPUR: Hari ini, genap 11 tahun pesawat Malaysia Airlines MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 kru hilang ketika...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd