• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Cadangan Wajibkan Pemancing Mesti Ada Lesen Tak Masuk Akal!!

oleh AK-47
17/12/2014
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

Kecoh hari ini khususnya dalam kalangan pemancing tegar apabila ada cadangan dari Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) untuk mewajibkan kaki pancing yang memancing di kawasan pantai dan laut terbuka mesti memiliki lesen.

Ekoran cadangan itu, pemancing tegar menjadi begitu marah kerana berasakan cadangan berkenaan seperti tidak masuk akal.

Di laman blog penadaritanahmelayu.blogspot.com dipaparkan senarai denda yang akan dikenakan kepada pemancing jika melakukan kesalahan tertera.

MENARIK – VIDEO : Lelaki Pancing Duit Derma Tabung Masjid Di Penang

LesenPemancing_1

Daripada carta berkenaan, pemancing yang didapati tiada lesen boleh didenda RM500 bagi kesalahan kali pertama hingga ketiga dan akan dibawa ke mahkamah bagi kesalahan kali keempat.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini dilaman Facebook bagaimanapun berkata, cadangan berkenaan jelas tidak munasabah jadi serta-merta mengarahkan ia dibatalkan.

“Sebenarnya saya tidak tahu tentang cadangan peraturan ini namun selepas terbaca satu ‘posting’ di Facebook, saya sendiri terkejut dengan cadangan peraturan yang begitu tidak munasabah – iaitu melesenkan pemancing ikan.

IsmailSabri_2

“Saya telah arahkan supaya cadangan ini dibatalkan serta-merta, ternyata ia langsung tak masuk akal walaupun memang ada orang bom ikan, tuba malah guna racun sekalipun tetapi kita ada undang-undang dan peraturan untuk menghukum mereka ini,” kata beliau.

Di laman blog sama, turut dipaparkan sepucuk surat jemputan kepada wakil Persatuan Pemancing Tegar Negeri Johor untuk menghadiri Taklimat Cadangan Pelesenan Penangkapan Ikan Rekreasi Kelautan.

SuratPemancing

Dalam surat berkenaan, cadangan peraturan itu memerlukan pemancing dan penganjur pesta memancing yang melibatkan perikanan rekreasi kelautan (pantai dan laut terbuka) mempunyai lesen.

Matlamatnya adalah mendapatkan data sahih pemancing aktif, spesis pilihan pemancing dan kawasan tumpuan pemancing untuk tujuan mengatur strategi pembangunan dan pengurusan sumber perikanan yang menyeluruh.

Penulis blog turut mengkritik Pengerusi LKIM Datuk Irmohizam Ibrahim berkenaan peraturan berkenaan, seterusnya mempersoalkan hukuman yang berat padahal tujuan lesen adalah hanya untuk mendapatkan data sahaja. – MYNEWSHUB.CC

Oleh : IBNU K 

Video Memancing Ikan Tenggiri Di Laut

http://youtu.be/7N0XTaYQFTw

Tags: IkanPertanian
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ratusan Ikan Mati, Terapung Di Sungai Ketil

Ratusan Ikan Mati, Terapung Di Sungai Ketil

28/07/2025
0

GUA MUSANG: Kejadian ratusan ikan mati di Sungai Ketil, dekat Taman Rekreasi Rimba Wangi, Taman Wangi, di sini, dua hari...

Ikan, Hidupan Laut Mati Akibat Air Pasang Merah Di Pulau Pinang

Ikan, Hidupan Laut Mati Akibat Air Pasang Merah Di Pulau Pinang

28/08/2023
0

GEORGETOWN : Kerajaan Pulau Pinang akan memanggil Jabatan Perikanan Negeri dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) bagi mendapatkan maklumat lanjut berhubung...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd