• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Media Diminta Elak Sebar Berita Berbaur Perkauman

oleh Ahmad Albab
12/12/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Pengamal media diminta mengelak daripada menyebarkan berita berbaur perkauman serta menyentuh sensitiviti agama bagi memelihara perpaduan dan kemakmuran di negara ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Joseph Kurup berkata menerusi ruang kebebasan yang diizinkan, media perlu mengambil sikap proaktif dan memegang prinsip beretika dalam menyebar luas maklumat yang menyentuh isu-isu perpaduan rakyat.

“Melalui penulisan berita, rencana dan artikel yang komprehensif serta menyentuh penuh isu-isu perpaduan, ia secara tidak langsung mampu memberi satu nilai tambah kepada pengukuhan pemahaman serta kesedaran rakyat khususnya golongan belia mengenai kepentingan memelihara kestabilan dan keamanan yang sedang dikecapi,” katanya di sini, malam tadi.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis bersama media Sabah anjuran Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Sabah (JPNIN).

Kurup berkata pihaknya menghargai semua media cetak dan elektronik kerana memberikan ruang yang cukup luas terhadap penyebaran maklumat dan berita mengenai perpaduan dan keharmonian kaum di negara ini.

Katanya, sebagai ‘rakan kongsi dalam perpaduan’ dan bagi memastikan usaha penyatuan nasional kerajaan berjaya, media perlu sentiasa memastikan setiap mesej yang disalurkan lebih bertanggungjawab serta disampaikan secara lebih berkesan kepada rakyat.

“Perkara ini amat penting untuk mengelakkan timbulnya perselisihan faham atau tersalah anggapan dalam kalangan masyarakat apabila pihak yang berkepentingan cuba memutarbelitkan kenyataan untuk memenuhi agenda politik mereka,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut mengumumkan JPNIN akan mewujudkan suatu anugerah tahunan bagi menghargai hasil penulisan dan penerbitan yang mengetengahkan isu perpaduan negara dan integrasi nasional dalam media massa. – BERNAMA

Tags: Joseph Kurupmedia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tunku Mahkota Ismail Bangga JDT Dapat Perhatian Meluas Media Antarabangsa

Tunku Mahkota Ismail Bangga JDT Dapat Perhatian Meluas Media Antarabangsa

26/03/2026
0

JOHOR BAHRU – Kelab gergasi bola sepak tanah air, Johor Darul Ta’zim (JDT) kini mendapat perhatian meluas media asing selepas...

Istana Arau Jadi Tumpuan Media, Menanti Istiadat Angkat Sumpah MB Baharu

Istana Arau Jadi Tumpuan Media, Menanti Istiadat Angkat Sumpah MB Baharu

28/12/2025
0

ARAU - Istana Arau di sini menjadi tumpuan pengamal media, dipercayai bagi membuat liputan istiadat mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar Perlis...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd