Wednesday, May 1, 2024

Creating liberating content

Kenyataan Marzuki Tentang Pulau...

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Ketereh, Annuar Musa berkata kenyataan Timbalan Menteri Luar...

Larian AXA Kumpul RM100,000...

KUALA LUMPUR - AXA Affin General Insurance Bhd (AAGI) menyumbangkan RM100,000 kepada lima...

Putera Harry, Meghan Akhirnya...

PASANGAN pengantin diraja, Putera Harry dan isterinya, Meghan Markle kini dilaporkan sudah berpindah...

Ibrah Dari Kemenangan Liverpool...

MUFTI Wilayah Persekutuan, Dr. Zulkifli Mohamad mengucapkan tahniah kepada pasukan bola sepak Liverpool...

Matrade Dan MPRC Anjur Misi Khas

KUALA LUMPUR – Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) dengan kerjasama Malaysia Petroleum Resources Corporation (MPRC), menganjurkan misi khas untuk 14 syarikat minyak dan gas Malaysia ke Nay Pyi Taw dan Yangon, Myanmar.

‘Acara tiga hari yang bermula hari ini bertujuan memudahkan proses pendaftaran syarikat Malaysia dengan Kementerian Tenaga, Perusahaan Minyak dan Gas dan Jabatan Perancangan Tenaga Myanmar,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Matrade, Datuk Dr Wong Lai Sum, berkata program misi itu termasuk perjumpaan dengan pihak berkuasa minyak dan gas Myanmar serta syarikat utama di Myanmar.

“Acara itu akan termasuk sesi untuk individu membentangkan kebolehan syarikat mereka secara langsung kepada pihak berkuasa minyak dan gas Myanmar di Nay Pyi Taw,” kata Wong.


Wong berkata, misi itu akan berakhir di Yangon di mana peserta akan mengadakan perjumpaan dengan Petronas Myanmar dan pemilik kontrak seperti Parami Energy Group, Daewoo E&P, Shwe Taung Group dan Total E&P.

Pada 2013, Myanmar adalah rakan perdagangan global ke-40 terbesar Malaysia dan rakan perdagangan di kalangan anggota Asean keenam terbesar yang menyumbangkan 0.2 peratus daripada keseluruhan perdagangan Malaysia.

Pada tahun yang sama, jumlah perdagangan Malaysia dengan Myanmar meningkat 5.2 peratus kepada RM2.9 bilion, dengan eksport berjumlah RM2.2 bilion. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori