• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MAS Lantik Bintang Tenis Australia Sebagai Duta

oleh Ahmad Albab
24/12/2014
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Malaysia Airlines (MAS) melantik pemain tenis profesional Australia Nick Kyrgios sebagai dutanya.

Naib presiden serantau kanan MAS PK Lee berkata kerjasama antara MAS dan Kyrgios, yang ibunya adalah warganegara Malaysia, “terhasil kerana kedua-dua pihak berkongsi warisan yang sama, di samping hasrat untuk mencapai kecemerlangan.”

“Kami gembira dapat berganding bahu dengannya kerana dia pemain bertaraf dunia serta memiliki semangat dan karisma yang menjadikannya pujaan dunia.

“Prestasi unggulnya di arena tenis dunia menjadi penggerak kepada kami dan kami berazam untuk membantu Kyrgios mencapai impiannya pada 2015 dan malah meningkatkan kedudukannya dalam ranking dunia,” kata beliau dalam kenyataan di sini hari ini.

Warga Canberra berusia 19 itu menambah baik kedudukannya dari tangga 183 ke tangga 52 dalam ranking dunia selepas membuat kejutan dengan mengalahkan pemain dunia Rafael Nadal pada kejohanan Wimbledon tahun ini dan mara hingga ke pusingan ketiga Terbuka Amerika serta menjadi juara sebanyak tiga kali dalam kejohanan ATP Challenger.

Sementara itu, mengulas pelantikannya, Kyrgios, yang bapanya beketurunan Greek, berkata dia berbesar hati kerana diberi penghormatan oleh MAS dan menjelaskan bahawa Malaysia amat dekat di hatinya.

“Sejak kecil, saya menggunakan penerbangan MAS untuk melawat kaum keluarga saya di Malaysia.

“Saya rasa bertuah menjadi sahabat syarikat penerbangan ini kerana ia akan membolehkan saya memelihara hubungan penting yang wujud dengan budaya keluarga saya,” katanya. – BERNAMA

Tags: MAStenis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Satu Lagi Pesawat MAS Terpaksa Berpatah Balik

Satu Lagi Pesawat MAS Terpaksa Berpatah Balik

02/09/2024
0

PUTRAJAYA - Sebuah lagi pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) ke Seoul, Korea Selatan dipercayai mengalami masalah teknikal sehingga terpaksa berpatah balik...

Notis Pelantikan Berkaitan Penyelesaian MAS – MAB

23/02/2020
0

KUALA LUMPUR - Notis pelantikan dan alamat penyelesai interim yang berlegar di media sosial adalah berkaitan Malaysian Airline System Bhd....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd