• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Tewas Kepada England Skuasy Berpasukan Dunia

oleh Ahmad Albab
07/12/2014
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Malaysia gagal untuk merangkul buat pertama kali kejuaraan Skuasy Berpasukan Wanita Dunia apabila kalah kepada pilihan kedua England.

Malaysia yang diketuai pemain nombor satu dunia Datuk Nicol David kalah 1-2 dalam perlawanan sengit di Mark Sachvie Squash Centre, Ontario, Kanada pada Sabtu.

Pemain nombor ke-17 dunia Sarah-Jane Perry memberi mata pertama England apabila mengalahkan Delia Arnold 11-8, 11-9 dan 11-7 sebelum Nicol menyamakan kedudukan dengan menewaskan Laura Massaro, pemain nombor dua dunia 11-8, 11-9 dan 11-3.

Namun Low Wee Wern, walaupun menunjukkan permainan yang bersemangat kalah kepada pemain nombor lima dunia Alison Waters 8-11, 7-11, 11-8 dan  4-11 dalam perlawanan penentuan yang berkesudahan selama 69 minit.

Dengan itu England merangkul kejuaraan buat kali ketujuh selepas kemenangan  pada tahun 1985, 1987, 1989, 1990, 2000 dan 2006.

Nicol berkata beliau berpuas hati dengan permainan pasukan Malaysia walaupun kalah dan mengucapkan tahniah kepada England.

“Wee Wern bertarung habis-habisan dan tidak mudah mengalah. Yang lain juga telah melakukan yang terbaik,” katanya seperti dipetik laman web kejohanan www.wwt2014squash.com.

Pencapian terbaik Malaysia ialah menduduki tempat ketiga pada 2006, 2008, 2010 dan 2012.

Pasukan pilihan pertama Mesir yang kalah 0-2 kepada Malaysia di peringkat separuh akhir kalah kepada Hong Kong selaku pilihan keempat dalam penentuan tempat ketiga dan keempat. – Bernama

Tags: Skuasy
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Harleein Harumkan Nama Malaysia Di AS

24/12/2021
0

KUALA LUMPUR: Atlet cilik skuasy, Harleein Tan berazam untuk terus maju dalam usaha merangkul lebih banyak kejayaan di masa akan...

M’sia Batal Kejohanan Skuasy Dunia Di KL Sebab Atlet Israel, Omicron

30/11/2021
0

Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia lelaki di Malaysia dibatalkan kerana kebimbangan mengenai varian koronavirus baru Omicron dan isu visa untuk atlet...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd