Sunday, May 12, 2024

Creating liberating content

JDT, Kedah Antara Catat...

KUALA LUMPUR - Pendahulu Liga Super, Johor Darul Ta'zim (JDT), Kedah dan Perbadanan Kemajuan...

Tidak Digalak Pakai Perhiasan...

ALOR SETAR - Umat Islam tidak digalakkan memakai perhiasan di kepala, termasuk songkok...

PAS Tak Sertai Pembentukan...

KUALA LUMPUR - PAS tidak akan menyertai usaha pembentukan kerajaan Perak yang baharu...

Mesti Siasat Menteri Dakwaan...

REMBAU - Polis diminta menyiasat dua menteri Kabinet yang mendakwa kerajaan membuat keputusan...

Malaysia Tak Perlu Tunjuk Ajar AS Dalam Tangani Isu Hak Asasi

KUCHING – Kerajaan Amerika Syarikat (AS) mempunyai urusan dalaman sendiri yang perlu ditangani dan wakilnya tidak perlu datang ke negara ini dan menunjuk ajar rakyat Malaysia berkenaan hak asasi manusia, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri.

“Sebenarnya kami tahu apa yang perlu dilakukan dan diharap rakyat Malaysia tidak meminta bantuan daripada mereka seperti dari AS untuk datang ke sini dan memberitahu kami apa yang perlu dilakukan.

Malaysia adalah sebuah negara berdaulat, jadi biarlah kami menangani hal ehwal dalaman kami dan memastikan kami melakukan yang terbaik untuk negara ini dalam isu hak asasi manusia, beliau memberitahu wartawan selepas merasmikan Bazar Kebajikan Krismas 2014 Sarawak Society for Prevention of Animal Cruelty (SSPCA) di sini hari ini.

Beliau berkata demikian semasa mengulas kritikan pelbagai pihak termasuk kenyataan daripada Naib Presiden AS Joe Biden dan Duta AS ke Malaysia Joseph Yun terhadap keputusan Malaysia mengekalkan Akta Hasutan 1948.

Nancy berkata AS mempunyai beberapa isu yang perlu ditangani seperti bagaimana mereka mengendalikan isu kontroversi kem tahanan Guantanamo Bay yang dibangkitkan oleh Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.


“Buatlah apa yang kamu perlu lakukan untuk negara kamu dan biarlah kami memastikan negara kami melakukan yang terbaik jika ada yang tidak betul. Biarlah kami membincangkan perkara itu dan memastikan kami mematuhi kesemua undang-undang dan peraturan di negara ini,” katanya.

Sementara itu, Nancy berkata ketika ini perbincangan mengenai cadangan penggubalan Akta Keharmonian Nasional tetap diteruskan biarpun setelah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pada Perhimpunan Agung Umno bulan lepas bahawa Akta Hasutan 1948, dikekalkan.

“Setakat ini apa yang kita tahu Akta Keharmonian Nasional akan diteruskan. Status akta itu masih dalam perbincangan pihak-pihak bertanggungjawab dalam hal ini.

“Kita masih memerlukan Akta Keharmonian Nasional untuk menguatkan lagi keharmonian di kalangan masyarakat Malaysia ini,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori