• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, October 10, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

LPT2 Dibuka Sepenuhnya Pada 31 Disember

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Persidangan Dewan Negara hari ini diberitahu bahawa projek Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2) dijangka dapat dibuka sepenuhnya kepada lalu lintas pada 31 Disember ini.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, berkata LPT2 yang sudah 99 peratus siap, akan dibuka sepenuhnya pada tarikh itu jika tiada kejadian luar jangka seperti banjir besar.

“Pada masa ini, jajaran LPT2 yang telah siap dan boleh dilalui pengguna ialah sepanjang 159 kilometer (km) atau 86 peratus daripada 184km jarak keseluruhan projek berkenaan.

“Ini termasuklah jajaran dari persimpangan Cheneh ke persimpangan Kijal sepanjang 29km yang dibuka pada lalu lintas pada 21 November lalu,” katanya menjawab soalan Senator To’Puan Zaitun Mat Amin.

Rosnah berkata, baki jajaran yang masih dalam peringkat akhir pembinaan dan belum disiapkan melibatkan jajaran dari persimpangan Kijal ke persimpangan Paka yang sepanjang 25km.

Zaitun bertanya mengenai status terkini pembinaan projek infrastruktur berimpak tinggi itu di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh itu dan kekangan yang menyebabkan kelewatan projek berkenaan.

Rosnah berkata, antara faktor yang mengakibatkan projek itu lewat siap ialah berlakunya kejadian pergerakan tanah di tiga jambatan di laluan jajaran dari persimpangan Kijal ke persimpangan Paka.

Oleh itu, katanya, bagi memastikan pematuhan terhadap tahap keselamatan, pihak kementerian terpaksa memberi Tempoh Lanjutan Masa (EOT) selama empat bulan kepada kontraktor untuk melaksanakan kerja-kerja pengukuhan struktur tanah dan jambatan berkenaan.

Menjawab soalan tambahan Zaitun sama ada kementerian menetap atau melantik pihak yang akan menyelenggara lebuh raya itu, Rosnah berkata setakat ini, pihaknya belum membuat sebarang keputusan.

“Bagaimanapun, kita sedang memperincikan soal pelantikan itu dan kita jangkakan perjanjian mengenainya dapat ditandatangani seawal Jun depan.

“Dan sepanjang tempoh itu, pengguna akan menikmati perjalanan secara percuma di lebuh raya itu,” katanya. – BERNAMA

Share197Tweet123SendShare

Related Posts

JDT Teruskan Rentak Cemerlang, Raih Kemenangan Besar Dua Hari Berturut-turut

JDT Teruskan Rentak Cemerlang, Raih Kemenangan Besar Dua Hari Berturut-turut

09/10/2026
0

ISKANDAR PUTERI - Johor Darul Ta’zim (JDT) meneruskan rentak cemerlang apabila mencatat dua kemenangan bergaya dalam tempoh dua hari berturut-turut...

Kenaikan Gaji Minimum RM2,000: Netizen Mula Luah Kebimbangan Harga Barang, Kos Sara Hidup Turut Melonjak

Kenaikan Gaji Minimum RM2,000: Netizen Mula Luah Kebimbangan Harga Barang, Kos Sara Hidup Turut Melonjak

09/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai kenaikan gaji minimum daripada RM1,700 kepada RM2,000 sebulan mulai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd