• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Warga Nigeria Ke Tali Gantung Edar Dadah

oleh Ahmad Albab
30/12/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Seorang lelaki warga Nigeria dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini selepas didapati bersalah mengedar dadah jenis methamphetamine seberat 2150.4 gram di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Sepang, empat tahun lepas.

Hakim Datuk Abdul Halim Aman membuat keputusan itu ke atas Ibe Godwin Uzochukwu, 37, setelah berpuas hati dengan hujahan pihak pendakwaan yang berjaya mengemukakan kes melampaui keraguan munasabah.

Abdul Halim dalam penghakimannya berkata mahkamah mendapati pembelaan tertuduh lebih bersifat penafian semata-mata.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di Laluan Keluar, Balai Ketibaan Antarabangsa KLIA, kira-kira pukul 4.30 petang pada 1 Julai 2011.

Beliau didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a), Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39B (2), akta sama yang membawa hukuman mati mandatori.

Sebanyak enam orang saksi pendakwaan dan seorang saksi pembelaan dipanggil sepanjang kes perbicaraan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Rashidah Abu Bakar manakala tertuduh diwakili peguam bela Luqman Mazlan. – BERNAMA

https://www.youtube.com/watch?v=tVhVBWM4i7s

Tags: hukuman mati
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tiada Keperluan Hukuman Mati Bagi Kes Pemandu Mabuk

Tiada Keperluan Hukuman Mati Bagi Kes Pemandu Mabuk

13/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Tiada keperluan untuk kerajaan memperkenalkan hukuman mati di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 bagi kes memandu di...

Pertubuhan Makkal Kural Malaysia Gesa Tindakan Paling Tegas Terhadap Pemandu Mabuk

Pertubuhan Makkal Kural Malaysia Gesa Tindakan Paling Tegas Terhadap Pemandu Mabuk

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Pertubuhan Makkal Kural Malaysia memohon tindakan undang-undang yang paling tegas, saksama dan tanpa pilih kasih diambil terhadap...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd