Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Piala FA: Nik Abduh...

KUALA LUMPUR - Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul...

Jangan Khuatir Guna Penyepit...

PUTRAJAYA - Pengguna tidak perlu khuatir mengenai paras kandungan sulfur dioksida dalam penyepit...

Siti Kini Bergelar Pembaca...

KECOH pengguna media sosial tanah air apabila Datuk Siti Nurhaliza Tarudin dikatakan beralih...

Bunga Mayat Rasaksa Mekar...

Bunga mayat raksasa mekar untuk pertama kali - ia memerlukan masa 10 tahun untuk berlaku selalunya.

Lelaki Minum 10 Tin Coke Sehari Selama 30 Hari… Hasilnya?

George Prior, 50, bersetuju dengan eksperimen yang memerlukan beliau minum 10 tin Coca-Cola sehari selama 30 hari.

Dengan berbuat demikian, beliau yang berasal dari Los Angeles, Amerika Syarikat menambah lagi 900 kalori dan 250 gram gula ke dalam diet hariannya.

Ini menjadikan, dalam tempoh 30 hari, beliau mengambil tambahan 27,000 kalori dan 7.5 kilogram gula.

Hasilnya, berat beliau bertambah, perut menjadi buncit, love handles juga wujud selepas tempoh berkenaan.

coke

Tekanan darah beliau juga meningkat daripada 129/77 pada permulaan kepada 145/96 di penghujung eksperimen.

Di penghujungnya, bapa kepada dua anak itu mengakui beliau sudah mula ada ketagihan (namun tidak terlalu kuat) terhadap Coca-Cola.

Tempoh 30 hari George itu direkodkan dalam diari online (lihat video di bawah) antara Oktober ke November lalu.


“Saya akan memilih untuk tidak berbuat begini lagi, saya tidak suka berat seperti ini,” katanya dilaporkan media.

Beliau menasihatkan orang ramai agar berhati-hati dengan pengambilan gula dalam badan.

“Saya rasa ramai yang menderita masalah kesihatan seperti kencing manis dan masalah jantung tidak menyedari mereka boleh membantu diri sendiri dengan berhenti mengambil gula,” katanya.

George menegaskan, beliau bersetuju melakukan eksperimen tersebut demi sains. – MYNEWSHUB

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori