• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lebih 200 Patung Panda ‘Tawan’ Dataran Putrajaya

oleh Ahmad Albab
23/12/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Lebih 200 patung panda ‘menawan’ Dataran Putrajaya di sini hari ini melalui program ‘1,600 Panda Jelajah Dunia’ bertujuan mewujudkan kesedaran tentang ancaman kepupusan yang dihadapi haiwan itu.

Kehadirannya menarik beratus-ratus pengunjung untuk melihat dari dekat patung dengan pelbagai gaya serta saiz yang dihasilkan daripada kertas itu sambil menonton persembahan ‘flash mob’ dalam program yang berlangsung di hadapan Kompleks Perbadanan Putrajaya dari 10 pagi hingga 12 tengah hari.

Berikutan keadaan cuaca dan ruang yang tidak mengizinkan, hanya 200 daripada 1,600 patung berkenaan dapat diperagakan di sini kepada orang ramai.

Patung berkenaan kemudian ‘berkampung’ pula di Dataran Putra dari 2 hingga 4 petang.

Patung daripada kertas kitar semula yang memulakan penjelajahannya pada 2008 melalui program kerjasama dengan pengukir Perancis Grangeon dan Tabung Alam Sedunia ini akan berada di Malaysia hingga 25 Jan tahun depan.

Sebelum ini, ia dipamerkan di beberapa negara termasuk Perancis, Belanda, Itali, Jerman, Switzerland, Taiwan dan Hong Kong.

Rombongan panda ini akan turut berkunjung ke beberapa lokasi ikonik lain di negara ini termasuk Batu Caves di Selangor, Menara Condong Teluk Intan (Perak), Tugu Negara (Kuala Lumpur) dan Stadthuys (Melaka).

Kumpulan 1,600 patung panda ini menjadi simbol jumlah panda gergasi yang masih wujud di dunia sekarang.

Sementara itu, seorang pengunjung Melissa Tan, 31, berkata persembahan ‘flash mob of pandas’ menimbulkan kesedaran dan mendidik generasi muda tentang kepentingan memulihara spesies terancam melalui pendekatan artistik.

“Lebih banyak acara seperti ini patut diadakan kerana ia boleh menanam kesedaran dalam diri orang ramai tentang pentingnya memulihara panda,” katanya.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut tentang program ini dengan melayari laman Facebook ‘1600 Pandas MY’. – BERNAMA

Tags: panda
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Panda Zoo Negara Akan Kembali Ke China, Mei Ini

Panda Zoo Negara Akan Kembali Ke China, Mei Ini

31/03/2023
0

Orang ramai hanya memiliki tempoh kira-kira sebulan setengah untuk melihat aksi comel anak panda Yi Yi dan Sheng Yi di...

2 Anak Panda Nama ‘Bayi Salji’, ‘Buah Hati Yang Baik’

26/04/2018
0

DUA ekor panda gergasi telah berjaya dilahirkan pada Oktober tahun lalu dan baru sahaja diberi nama setelah enam bulan kelahirannya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd