Kemenangan Harimau Malaya ketika menentang Vietnam sekaligus dapat menempah tiket ke Final Piala Suzuki AFF tahun ini sememangnya amat manis, terutama kerana ia diraih di laman orang.
Satu yang harus di-salute pada warga Vietnam, mereka tidak melakukan perangai bodoh seperti segelintir penyokong bola sepak negara kita yang melakukan kekacauan apabila pasukan sendiri kalah di Stadium Shah Alam tempoh hari.
Namun sungguh pun penyokong bola Vietnam harus dipuji kerana miliki semangat kesukanan tinggi, sesetengah wartawan sukan negara tersebut rasanya masih perlu diasah pengetahuan sukan mereka.
Menerusi satu artikel mengulas kekalahan Vietnam di tangan Malaysia yang diberi tajuk ‘Tiger eat us at home’, berlaku kesilapan yang agak lawak apabila Safee Sali dinobatkan penulis artikel tersebut sebagai ‘man of the match’ padahal Safee hanya duduk di bangku simpanan sepanjang perlawanan.
Selepas dibaca kembali artikel yang diterbitkan Jumaat lalu itu, penulis dipercayai mahu memberikan gelaran tersebut kepada Indra Putra Mahayuddin.
Apa yang lucu, Indra turut digambarkan penulis sebagai pemain Kelantan hebat namun miliki potongan rambut buruk.

Indra juga disifatkan penulis agak tua tapi masih berbisa dan kelihatan seperti pelakon yang juga bekas pemain bola sepak Perancis, Eric Cantona.
Oh, selain itu penulis sukan tersebut turut menyelitkan gosip kononnya pemain senior Vietnam mendakwa pemain negara mereka menjual perlawanan pada malam tersebut dan itulah punca utama Vietnam kalah! Kah.. Kah.. – MYNEWSHUB.CC
Oleh: REM RAMZI
Video hidung Mat Yo berdarah kena siku Indra Putra!
https://www.youtube.com/watch?v=d1AUJn_R6fA
