• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 17, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Kuda Tua’ ATM, Hai-O Buka Kilang Produk Makanan

oleh Ahmad Albab
04/12/2014
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

USIA kerjaya sebagai pemain bola sepak tidak sepanjang profesyen lain yang boleh kekal sehingga pekerja itu berusia 50-an.

Berikutan itu, Hairuddin Omar atau lebih dikenali dengan panggilan Hai-O, mula memikirkan mengenai masa depannya.

Pada usia 35 tahun, ‘kuda tua’ yang bermain di posisi tengah pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) itu ternyata masih berbisa dan tidak kurangnya diminati gadis-gadis, sama ada selebriti atau kru penerbangan.

“Umur sudah meningkat dan saya tidak pasti sampai bila boleh berada dalam pasukan. Bagi saya, selagi ada tawaran, ada pasukan yang inginkan khidmat saya, selagi itulah saya akan beraksi,” ujarnya kepada mStar Online.

Bagaimana pun, kapten ATM ini gembira kerana masih lagi kekal dalam barisan pemain utama.

“Saya masih lagi bermain untuk ATM musim baharu nanti dan kita kami sibuk menjalani latihan pra musim.

“Hujung bulan ini, kami akan ke Bangkok selama seminggu bagi perlawanan persahabatan menjelang aksi Liga Malaysia tahun depan.

“Setakat ini gabungan semua pemain (baharu dan lama) baik dan yakin musim depan pasukan saya lebih bersedia.

“Secara keseluruhan pada musim lalu aksi pasukan saya kurang memuaskan kerana ramai yang mengalami kecederaan.

“Namun saya yakin tahun depan pasukan lebih mantap dengan kehadiran Norshahrul Idlan Talaha (Matyo), Fazli Shaari, Shukor Jusoh serta pemain asing,” jelasnya.

Dalam pada itu, Hai-O mengakui sudah membuat persiapan masa depannya jika bukan lagi bergelar pemain selepas ini.

“Saya ada membuka kilang berasaskan makanan seperti sos ikan bakar, sos tiga rasa, bawang goreng, tepung serbaguna ada banyak lagi.

“Kilang ini mula beroperasi pada April lalu dan kini menunggu kelulusan sijil halal perniagaan.

“Jika semuanya berjalan lancar, produk-produk makanan ini akan mula dipasarkan.

“Idea untuk membuka kilang makanan ini timbul selepas restoran ikan bakar saya iaitu ‘Restoran Adeq Su Ikan Bakar’ di Terengganu mendapat sambutan yang baik.

“Jadi saya melebarkan perniagaan restoran itu dengan produk makanan bungkusan yang berkaitan,” jelasnya yang turut melabelkan produknya itu dengan nama Adeqsu.
Profil

Nama penuh: Hairuddin bin Omar

Tarikh Lhir:29 September 1979 ( 35 tahun)

Tempat lahir: Setiu, Terengganu, Malaysia

Posisi: Pemain tengah, penyerang

No. jersi: 20

Pasukan: ATM

Karier

1997-1998 Terengganu (remaja)

1999–2002Terengganu (senior)

2003–2008 Pahang

2009 T-Team28(9)

2009→ Negeri Sembilan (loan)

2010-Kelantan

2011-Negeri Sembilan

**Turut menyarung jersi Malaysia bermula tahun 2000. – mStar Online

Tags: bola sepak
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Sultan Selangor Tarik Balik Gelaran ‘Datuk Seri’ Anwar

Next Post

“Facing Up To Fazura” Tonjol Realiti Kehidupan Fazura

Related Posts

RM30 Juta – Langkah Yang Tepat Ke Arah Memajukan Sukan Bola Sepak Negara

RM30 Juta – Langkah Yang Tepat Ke Arah Memajukan Sukan Bola Sepak Negara

24/02/2025
2

•⁠  ⁠Kerajaan menyediakan RM30 juta, termasuk RM15 juta dari pihak swasta, untuk pembangunan Harimau Malaya di semua peringkat dan kejohanan...

Peluang Terakhir Malaysia….

Peluang Terakhir Malaysia….

18/12/2024
0

Kalau TMJ Gagal Majukan Bola Sepak Kita…Maka Habis La BOLA sepak adalah sukan yang paling mendapat perhatian di serata dunia...

Next Post

"Facing Up To Fazura" Tonjol Realiti Kehidupan Fazura

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd