• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Kotak Hitam Bakal Dedah Segala-Galanya” – Tony Fernandes

oleh Ahmad Albab
31/12/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes, beliau enggan membuat sebarang spekulasi berkenaan tragedi pesawat milik AirAsia Indonesia QZ8501 yang terhempas dan menyerahkan kepada siasatan terperinci untuk mendedahkan punca sebenar.

“Biarkan kotak hitam mendedahkan jawapannya. Siasatan lanjut akan terus dibuat sejurus selepas kami menemui kedudukan kotak hitam. Ia sangat tidak sesuai untuk saya membuat sebarang telahan.”

Disogok dengan persoalan tentang ganti rugi terhadap keluarga penumpang pesawat, Tony berkata, ia bakal diputuskan setelah siasatan selesai.

“Ya, tapi biarlah siasatan selesai dijalankan. Kami akan melakukannya, namun, perlukan bantuan pembantu kewangan secepat mungkin,” ujarnya dalam satu sidang media di Lapangan Terbang Juanda di Surabaya.

Beliau juga menyifatkan tragedi tersebut sebagai ‘mimpi terburuk’ yang pernah dialaminya sepanjang 13 tahun berkecimpung dalam industri penerbangan, namun dia berjanji tidak akan lari dari tanggungjawabnya.

“Operasi akan diteruskan seperti biasa. Indonesia telah memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi. 

Saya merupakan ketua kepada syarikat ini dan saya tidak akan lari dari mana-mana tanggungjawab. Saya seorang yang terbuka, dan akan menjadi sejujurnya dalam isu ini.”

Dalam pada itu, hari ini (Rabu), Tony berkata, dia akan membuat tinjauan ke tempat kejadian di Pangkalan Bun, yang mana pesawat tersebut menghempas air lalu tenggelam di dasar. – MYNEWSHUB.CC

Oleh : IZZAT MOHD ANUAR

 

Sidang Media Penemuan Pesawat QZ8501 Oleh CEO Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes

https://www.youtube.com/watch?v=homWfAC3HsY

https://www.youtube.com/watch?v=7bOkRoj389w

 

 

Tags: AirAsia IndonesiaNahas PesawatQZ8501TONY FERNANDES
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Nahas Pesawat: Turkiye Sahkan Semua 20 Anggota Tentera Terkorban

Nahas Pesawat: Turkiye Sahkan Semua 20 Anggota Tentera Terkorban

12/11/2025
0

ANKARA: Kementerian PertahananTurkiye mengesahkan kesemua 20 anggota tenteranya yang berada dalam pesawat kargo tentera C-130 yang terhempas di Georgia, terkorban....

141 Daripada 179 Mangsa Nahas Pesawat Jeju Air Dikenal Pasti

141 Daripada 179 Mangsa Nahas Pesawat Jeju Air Dikenal Pasti

30/12/2024
0

MUAN (Korea Selatan), - Setakat ini, mayat 141 daripada 179 mangsa yang terkorban dalam nahas pesawat Jeju Air minggu ini...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd