• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Korea Utara Godam Sony – Barack Obama

oleh Ahmad Albab
22/12/2014
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama kelmarin menyatakan, firma Sony melakukan kesilapan kerana tidak meneruskan tayangan sebuah filem satira berkaitan komplot untuk membunuh pemimpin Korea Utara.

Pada masa yang sama, Obama berikrar AS akan bertindak balas berhubung insiden serangan penggodam terhadap Sony yang mendorong firma berkenaan mengambil tindakan tersebut.

Sebelum ini, Biro Siasatan Persekutuan (FBI) menyalahkan pemerintah komunis Korea Utara sebagai bertanggungjawab melakukan serangan itu.

“Mereka (pihak pengurusan Sony) sepatutnya bercakap dengan saya terlebih dulu sebelum membuat keputusan,” kata Obama.

“Kita tidak mahu mempu­nyai masyarakat yang mana ada diktator di luar sana (pemerintah Korea Utara) boleh menguatkuasakan penapisan sesuka hati,” tambahnya.

Terdahulu, Sony menyatakan pihaknya tiada pilihan selain membatalkan edaran filem itu, The Interview selepas pawagam-pawagam di AS enggan menayangkannya.

Dalam pada itu, diplomat Korea Utara di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Kim Song menafikan negaranya menggodam studio perfileman Sony.

“Korea Utara tiada kaitan dengan perkara ini,” katanya. – AGENSI

Tags: Barack ObamaKorea Utara
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

HWASONG-20 – Dipercayai Mampu Cecah AS

HWASONG-20 – Dipercayai Mampu Cecah AS

12/10/2025
0

KOREA UTARA PAMER PELURU BERPANDU ANTARABENUANYA TERKINI, HWASONG-20 - Dipercayai Mampu Cecah AS PYONGYANG, 11 Okt – Korea Utara sekali...

Korea Utara Kutuk Serangan AS

Korea Utara Kutuk Serangan AS

23/06/2025
0

SEOUL: Korea Utara hari ini, mengecam serangan Amerika Syarikat (AS) ke atas fasiliti nuklear Iran yang disifatkan pelanggaran serius terhadap...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd