• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Konsert Ambang Tahun Baru Di Putrajaya Dibatalkan

oleh Ahmad Albab
26/12/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

Menerusi saluran media sosial Facebook, Perbadanan Putrajaya (PPj) dan Ambank Group mengumumkan program sambutan Ambang Tahun Baru Putrajaya 2015 yang direncana bakal diadakan di situ, dibatalkan.

Pengumuman tersebut dilakukan kira-kira jam 6 petang, Khamis.

cik hayati

Dalam pada itu, Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, turut mengesahkan pembatalan sambutan tersebut.

Katanya lagi, beliau akan membuat perbincangan dengan pihak Ambank kerana konsert tersebut ditaja syarikat perbankan itu dan bukanlah oleh pihak Perbadanan Putrajaya mahupun Kementerian Wilayah Persekutuan.

Ujar beliau yang ditemui di lobi ibu pejabat DBKL, “Saya akan berbincang dengan pihak Ambank, sebaik sahaja pengerusinya pulang daripada mengerjakan umrah, wang yang hendak dibelanjakan sebanyak RM3 juta, kalau boleh disalurkan untuk bantuan banjir.

Ini duit Ambank, ini cara kerajaan menjimatkan kos dengan mengadakan kerjasama dengan badan-badan korporat.

Jangan salah anggap kementerian atau perbadanan hendak habiskan duit RM3 juta.”

Sebelum ini, PPj menerima banyak desakan dari orang ramai supaya tidak meneruskan niat mengadakan konsert Ambang Tahun Baru bagi menghormati tragedi banjir yang sedang melanda beberapa buah negeri di semenanjung.

image

Sementara itu. di Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah menitahkan agar sambutan tahun baru dibatalkan, malah mahu setiap masjid di negeri tersebut mengadakan solat hajat agar bencana banjir segera pulih.

Di Terengganu, pembatalan turut dilakukan bagi apa-apa acara berbentuk hiburan dan sambutan kerana negeri tersebut kini semakin teruk ditenggalami air.

Walau bagaimanapun, MB Selangor, Azmin Ali mengumumkan bahawa kerajaan negeri memutuskan untuk meneruskan sambutan menyambut 2015, namun dilakukan secara sederhana. – MYNEWSHUB.CC

 

Sultan Perak Berkenan Melawat Pusat Pemindahan Banjir

https://www.youtube.com/watch?v=2qbx-CS7teM

Tags: AMBANKDBKLPutrajayaTengku Adnan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kerajaan Setuju Projek Jajaran Baharu  Lebuhraya Pantai Barat Secara Penswastaan

Kerajaan Setuju Projek Jajaran Baharu Lebuhraya Pantai Barat Secara Penswastaan

09/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Mesyuarat Majlis Perancang Fizikal Negara (MPFN) Ke-50 yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini...

Penutupan Sementara Jalan Berperingkat Sempena Perarakan Keagamaan Hindu – DBKL

Penutupan Sementara Jalan Berperingkat Sempena Perarakan Keagamaan Hindu – DBKL

31/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Beberapa jalan utama di sekitar ibu negara akan ditutup sementara secara berperingkat sempena Perarakan Kuil Sri Thandayuthapan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd