• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Timbang Beri Subsidi Rumah Generasi Ke-2 Felda

oleh Ahmad Albab
08/12/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Pemberian subsidi sama ada daripada kerajaan atau Felda dipertimbangkan bagi membolehkan generasi baharu Felda memiliki kediaman.

Ia disuarakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika berucap merasmikan Himpunan Ikatan Hati Warga Felda Kebangsaan 2014 di sini hari ini, atas keprihatinan menyedari kesukaran generasi kedua memiliki kediaman sendiri.

Beliau berkata mesyuarat perlu diadakan untuk mencari penyelesaian bagi meningkatkan kemajuan pelaksanaan projek perumahan generasi kedua.

Antara aspek yang perlu diberi perhatian adalah harga yang berpatutan dan mampu dimiliki oleh generasi kedua, kata Najib.

“Felda perlu memastikan harga rumah generasi kedua adalah yang mampu dimiliki selain perlu ada subsidi sama ada subsidi kerajaan atau subsidi Felda,” katanya.

Bagi membantu generasi baharu Felda memiliki kediaman sendiri, perdana menteri berkata Felda mungkin boleh memperkenalkan konsep sewa beli.

“Kalau tidak mampu, kita bagi mereka peluang untuk menyewa dulu, dan lepas lima tahun mereka boleh beli, tapi sebahagian besar mereka tidak mempunyai slip gaji dan payah untuk mendapat pinjaman bank,” katanya.

Semalam, Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad tidak menolak kemungkinan Felda akan memperkenalkan kaedah sewa beli kepada generasi kedua Felda di bawah Projek Perumahan Generasi Baharu Felda.

Pada tahun lalu, Felda memperuntukkan sebanyak RM1.4 bilion bagi membina 20,000 unit rumah mampu milik di seluruh negara dalam tempoh lima tahun bagi memberi peluang kepada generasi kedua untuk memiliki kediaman sendiri.

Najib berkata pemilikan rumah bagi generasi kedua Felda itu adalah antara cabaran dan tugas Felda untuk memelihara kepentingan generasi baharu, sambil menambah antara cabaran yang terlibat adalah berkaitan kos infrastruktur perumahan yang tinggi. – BERNAMA

Tags: Najib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Najib Pertahankan Kabinet Baru

30/08/2021
0

BETUL! Rakyat, hasil dan pencapaian perlu diutamakan. Saya perhati ramai yang kecewa dengan pengumuman kabinet baharu hari ini. Seolah-olah kebanyakan...

Kerajaan Lama Berundur, Bursa Terus Elok

30/08/2021
0

BURSA Malaysia telah mencatat prestasi antara terbaik dalam dunia sejak kerajaan lama undur diri pada 16 Ogos lalu.Indeks bursa telah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd