• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes QZ8501 Tamparan Hebat Kepada Penerbangan Indonesia

oleh AK-47
30/12/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

Kehilangan pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 awal pagi semalam ialah satu peristiwa terbaru dalam kisah industri pengangkutan udara Indonesia yang penuh cerita apabila merekodkan 650 kematian dalam masa dua dekad.

Sejak dua dekad lalu, Indonesia memang menghadapi masalah dengan soal keselamatan pengangkutan udaranya.

Ia adalah kerana permintaan rakyat terhadap penerbangan tambang murah yang begitu tinggi ditambah pula dengan populasi rakyat negara republik itu yang meningkat begitu mendadak.

MENARIK – Kod Penerbangan 8501 Bakal Ditamatkan – AirAsia Indonesia

Biarpun Indonesia mendapat faedah daripada pasaran yang besar, tetapi negara itu masih belum berupaya menepati ciri-ciri keselamatan yang minimum, tidak berupaya menyediakan juruterbang terlatik, mekanik dan juga kakitangan kawalan trafik udara.

Sejak 20 tahun lalu, 532 orang telah pun terkorban dalam nahas pesawat di Indonesia manakala 116 orang lagi diisytiharkan meninggal dunia.

Tahun ini, lima kejadian insiden pesawat berlaku di Asia Tenggara termasuk kejadian melibatkan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang terhempas di Ukraine dan juga kehilangan pesawat MH370 yang hilang dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing.

April 2013 – Nahas Pesawat Boeing 737-800

LionAir_1

Pada bulan berkenaan, sebuah pesawat baru jenis Boeing 737-800 yang dikendalikan syarikat penerbangan Lion Air, terhempas di perairan Bali kerana gagal mendarat di atas landasan sebaliknya terhempas ke dalam laut.

Ketika kejadian, cuaca hujan.

Kesemua 108 orang penumpang terselamat, tetapi ia adalah insiden ketujuh membabitkan Lion Air sejak 2002.

Mei 2012 – Nahas Pesawat Buatan Russia Sukhoi Superjet-100

SukhoiSuperjat-100_2 SukhoiSuperJet-100
Pesawat malang itu terhempas di sebuah gunung berapi ketika dalam penerbangan ujian membunuh kesemua 45 penumpang di dalamnya.

Maklumat data pesawat dari perakam perbualan di kokpit menunjukkan juruterbang pesawat itu sedang berbual dengan bakal pembeli kapal terbang berkenaan sebelum ia terhempas di gunung di Jawa Barat.

September 2005 : Nahas Mandala Air, 149 Orang Terbunuh

MandalaAir_1

Penerbangan pesawat yang dikendalikan Mandala Airlines terhempas di atas kawasan kediaman hanya beberapa ketika selepas berlepas, membunuh 100 orang penumpang dan 49 orang yang berada di lokasi nahas.

Kini, pesawat AirAsia berkenaan masih hilang selepas terputus hubungan semalam.

Terdapat laporan ada serpihan pesawat ditemui di kawasan Pulau Belitung di Lau Jawa, kira-kira 100 batu daripada lokasi pesawat kali terakhit dikesan.

Pesawat itu hilang ketika dalam penerbangan dari Surabaya ke Singapura membawa bersama 155 orang penumpang dan tujuh anak kapal. – MYNEWSHUB.CC

Oleh : IBNU K

Video Perbualan Terakhir Juruterbang Pesawat Adam Air

https://www.youtube.com/watch?v=7bOkRoj389w

Tags: AirAsia Indonesiapesawat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pesawat AS Terhempas Di Laut China Selatan: China Sedia Bantu

Pesawat AS Terhempas Di Laut China Selatan: China Sedia Bantu

27/10/2025
0

BEIJING: Kementerian Luar China menyatakan kesediaan memberikan bantuan kemanusiaan kepada Amerika Syarikat (AS), susulan insiden dua pesawat Tentera Laut AS...

Pesawat Patah Balik Kerana Bau Pelik

Pesawat Patah Balik Kerana Bau Pelik

10/05/2024
0

MOSCOW - Pesawat Boeing 747-8 milik syarikat penerbangan Jerman, Lufthansa ke Chicago terpaksa berpatah balik ke Frankfurt pada Khamis akibat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd