• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 17, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerani Antara 5 Kakitangan Public Bank Didakwa Ceroboh Akaun

oleh AK-47
08/12/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk John Louis O’Hara hari ini mendengar perbicaraan kes pencerobohan akaun bank peribadi National Feedlot Corporation Sdn. Bhd. (NFCorp), syarikat-syarikat berkaitan, pengarah serta pengerusinya Datuk Dr Mohamad Salleh Ismail, yang membabitkan kerani Public Bank (PB) cawangan Jinjang beserta empat pekerja daripada jabatan lain daripada bank tersebut.

“Yang Arif, pihak pembangkang telah membuat rundingan dan telah mendapat pengesahan daripada Public Bank mengenai maklumat perbankan peribadi saya banyak kali, bukan sekali, bukan dua kali;  tetapi tiga kali,” kata Salleh dalam keterangannya hari ini.

Salleh telah dimaklumkan mengenai perkara ini malalui siasatan oleh Pengarah IT di Public Bank, yang mendedahkan bahawa tiga pegawai daripada bahagian perkhidmatan kad dan sokongan PB cawangan Labuan serta bahagian deposit dan pengurusan saluran di ibu pejabatnya, telah menceroboh ke dalam akaun plaintif.

“Kebocoran dan pendedahan maklumat akaun peribadi ini telah menimbulkan kemarahan orang ramai dan kecemasan pihak berkuasa.”

“Lima hari selepas kejadian tersebut, saya telah didakwa dan dua hari kemudian, pihak berkuasa di bawah AMLA merampas aset syarikat saya yang telah dileta Public Bank.

Salleh turut menyatakan, kesan daripada pendedahan, sidang akhbar, penerbitan berita, beberapa dakwaan serta rampasan aset  ini telah di dilaporkan oleh lebih 110 media massa.

“Akibatnya, perniagaan saya yang berkembang maju di NFCorp dan kumpulan syarikat kami telah lumpuh dan gagal,” tambah Salleh lagi.

Pengerusi NFCorp itu berkata pencerobohan itu berkait rapat dengan dengan kenyataan yang dibuat oleh Ahli Parlimen Pandan dan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli, yang berulang kali menyatakan bahawa beliau telah mendapat pengesahan daripada sumbernya di bank tersebut dalam pendedahan beliau terhadap 21 akaun bank di dalam satu sidang akhbar pada 7 Mac 2012.

NFCorp, syarikat-syarikat berkaitan, pengarah dan pengerusinya Datuk Dr Mohamad Salleh Ismail telah mengemukakan saman terhadap Public Bank Berhad kerana gagal untuk melindungi kesulitan akaun pelanggan dan telah menyebabkan kepincangan dan keruntuhan perniagaan milik plaintif.

Dengan menggunakan dokumen-dokumen bank yang telah dibocorkan, Rafizi Ramli didakwa telah menipu, memutarbelit dan memberikan kenyataan yang diragui kesahihannya kepada media dan orang ramai bahawa Salleh telah mengambil lapan pinjaman bank bagi pembelian hartanah di KL Eco City hasil daripada deposit pinjaman kerajaan yang diletakkan di Public Bank.

“Sidang akhbar yang diadakan pada 7 Mac 2012 lalu mungkin tidak akan berlaku jika Public Bank tidak membocorkan maklumat akaun peribadi saya, namun tindakan pihak bank yang melanggar hak privasi NFCorp dan plaintif turut menjadi faktor mengapa kami mengambil tindakan untuk saman,” ujar Salleh.

Kebiadapan Rafizi terserlah apabila beliau telah menggunakan dokumen-dokumen bank tersebut untuk memberitahu media bahawa Salleh telah membuat lapan buah pinjaman, mempunyai kesukaran untuk membuat pembayaran balik pinjaman, dan terdapat kemungkinan bahawa deposit pinjaman kerajaan yang dimasukkan ke dalam Public Bank mempunyai unsur yang mencurigakan.

Pendedahan dan laporan berita terhadap kes ini mencetuskan kemarahan orang ramai dan situasi ini diramalkan tidak boleh diperbaiki lagi. Salleh memberitahu mahkamah, sebenarnya beliau tidak pernah membuat mana-mana pinjaman daripada Public Bank dalam pembelian lapan lot pejabat di KL Eco City seperti yang dituduh oleh pihak pembangkang.

Lebih teruk lagi, Public Bank tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan untuk menjelaskan bahawa tiada sebarang pinjaman telah diambil daripada mereka untuk pembelian hartanah di KL Eco City. Mereka juga tidak menjelaskan bahawa wang pinjaman itu tidak pernah disalahgunakan.

Sehingga hari ini, tindakan mereka untuk terus ‘kunci mulut’ ternyata mampu menjawab kesahihan tuduhan palsu yang dilemparkan oleh pihak pembangkang.

Bercakap dengan pihak media, peguam bagi pihak plaintif Tan Sri Dr Muhamad Shafee Abdullah berkata beliau berhasrat untuk mengeluarkan  sapina terhadap Pengerusi Public Bank Berhad Tan Sri Datuk Seri Dr Teh Hong Piow bagi megeluarkan kenyataan demi integriti bank dan pelanggaran hak peribadi dalam kes ini.

Public Bank, kata Tan Sri Shafee lagi, merupakan sebuah insititusi kewangan yang dipercayai disamping telah memenangi banyak anugerah sejak penubuhannya. Bagaimanapun, isu kegagalan bank tersebut untuk melindungi maklumat sulit perbankan pelanggannya perlu dijawab dengan segera.-mynewshub.cc

Tags: penceroboh
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

12 Atendan Parkir Haram Ditahan Di Pulau Pinang

Next Post

Enam Sekeluarga Tinggal Sehelai Sepinggang

Related Posts

Perdana Menteri Minta Vietnam Segera Selesaikan Isu Pencerobohan Nelayan

22/03/2022
0

HANOI: Malaysia meminta Vietnam untuk mengambil tindakan konkrit segera supaya insiden pencerobohan nelayan Vietnam di perairan Malaysia dapat diselesaikan. Perdana...

JPNK: Penceroboh Di Hutan Simpan Main Kotor

11/10/2017
0

PENDANG - Menabur paku di atas jalan masuk antara tindakan yang dilakukan oleh penceroboh di hutan simpan bagi mensabotaj Ops...

Next Post

Enam Sekeluarga Tinggal Sehelai Sepinggang

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd